Counter

Saturday, December 31, 2011

Happy NewYear 2012 : Welcome !!

Selamat Datang 2012 yang bakal hadir dengan cabaran dan rintangan, suka duka serta pelbagai perkara bakal kita hadapi....

Teruskan perjalanan ini sahabatku... semakin hari semakin kita belajar erti sebuah kehidupan..

Dari kita lahir, merangkak, berjalan, berlari serta membesar kita kadang kala lupa... hidup di dunia ini adalah sementara..

Gunakan setiap detik kehidupan dengan perkara yang bererti demi untuk diri serta keluarga dan utamakan Agama dan Negara barulah kita dipermudahkan dalam segala urusan anda..

Selamat Tahun Baru 2012

Thursday, December 8, 2011

2011 : Now I Feel the Heat, I Touch the ground of reality ..tough lor

Saturday, December 3, 2011

2011 : December Bulan Perancangan Tahun Baru 2012


Hari berganti hari, bulan berganti bulan di 2011, sekarang kita di bulan December, pelbagai perkara berlaku dalam tahun ini. Ada yang ikut perancangan dan sebaliknya.

Kadangkala planning yang dilakukan akan menemui kegagalan kerana tindakan susulan tidak diambil. Walaubagaimanapun, aku sedar kegagalan adalah disebabkan usaha yang kurang dan gangguan komitmen berlaku.

Kejayaan dalam apa jua yang kita mahukan menuntut setiap individu supaya komitmen yang tinggi terutama usaha yang berterusan. Perkara ini yang kadangkala aku hilang.. hilang ditelan kesibukan harian. Bila kita tak khas masa atau sekat masa untuk sesuatu perkara maka jadilahla benda-benda ini. Jadikan pengajaran la ye..(nasihat diri sendiri).

Masalah komitmen dah dikenalpasti, sekarang perancangan 2012. Ok, 3 perkara yang telah dikenalpasti. 1. Kerjaya. 2. Perniagaan. 3. Keluarga.

1. Kerjaya

Kerjaya sebagai Jurutera Awam di JKR memupuk komitmen 150% dalam masa di tempat kerja dan juga perancangan di awal pagi dan penyelesaian tugasan dari pagi ke petang. Xsama bro..ikut tempat la kerja... di unitku kerja bertali arus banyak takterhingga banyaknya. Layan je la.

Bila dah tiada officemate yang lebih senior maka baru bertukar senior dah tugasan dan tanggungjawab otai kene la ambil walaupun xotai mana. Tempoh memahirkan diri adalah diantara 2-3 bulan barulah tekanan akibat tempoh 'transition' atau peralihan dapat dikurangkan. Apa yang paling penting adalah melakukan tugasan sebagai tanggungjawab dengan ikhlas walaupun diketahui 'working load' bakal menanti sangatlah heavy.

2. Perniagaan

Kelangsungan dari sebelum-sebelum ini, perniagaan dalam videography diteruskan tetapi akan lebih memfokus kepada 'construction industry' dari wedding dan lain-lain event. Put more focus & spend time doing some market survey & business demand especially in Malaysia. Web, Sample Video, Company Profile, Marketing Kits, dan lawatan akan dilakukan bagi memperolehi input on demanding video in Malaysian Business.

3. Keluarga

Next year, my lovely wife will practical & graduate. Baby Danish will 2 years old. Second baby? Maybe coming in 2013. Surveying oversea trips for family juga dirangka. Asean or maybe NZ or Umrah dalam consideration. For sure Indonesia is a must & other depend on budject & time. Comparing this year with next year air-ticket, mahal lor.. try to get better ticket during promotions time. Jika diberikan Allah rezeki yang murah, rancangan untuk membeli piece of land akan diusahakan.

Big Bike? Idaman kalbu. Semangat la bila dimakbulkan. 1st thing, some projek must meletup baru la consideration dilakukan..