Counter

Wednesday, May 26, 2010

Dugaan!!


Setiap dari kita pasti akan diduga dengan pelbagai dugaan@rintangan@cabaran@ apa jua seumpama dengan maksud di atas yang menimpa kita, family or masyarakat itu sendiri. Dugaan yang menimpa diri aku tak terkata dan terungkap dan terlalu sensatif untuk dikongsikan dalam blogku.

Pengajaran dari dugaan yang menimpa keluarga kami keseluruhannya ialah antara yang dapat aku simpul dan uraikan seperti berikut agar kita semua dapat jadikannya pengajaran:


1. 'Money not everything', 'Money can't buy everything', dan 'Jangan bertuhankan DUIT'
2. Hidup seperti roda, 'Kadangkala kita di atas, kadangkala kita di bawah'.

3. 'Kawan ketawa mudah diperolehi, Sukar mencari kawan yang sama-sama menangis ketika susah'.

4. Niat melakukan kerja pada awal kerja kene betul. Its will effects & the problems will explode tanpa kita mampu kawal.

5. Dunia tidak gelap dengan sebesar manapun masalah yang menimpa, Allah will helps u dengan berDOA.

6. DOA pada Allah agar diri kita mampu membezakan individu kawan atau 'musuh dalam selimut', 'yang kaca@kristal palsu atau Tmn Permata depan Taman Melawati.

6. Ingat ibubapa anda. Nasihat dari mereka penyuluh ke jalan yang diRedhaiNya.


Kamu harus tabah dan berfikiran rasional dalam menerima musibah@dugaan dariNya, kerana perkara terbabit merupakan telah ditetapkan olehNya untuk kita mengkaji dan memperbaiki perkara yang kita lakukan.

Thursday, May 20, 2010

Aku J41!



J41 kod jawatan aku sebagai jurutera awam sebagai 'goment staff'. Kod ini akan berlangsung menjadi ke kepada J44, J48, J52, J54 dan ke Jusa C, Jusa B, Jusa A dan ke tahap lebih tinggi. Kalau umur panjangler. Mula bekerja 2008-dan akan pencen umur 58tahun pada 2038 dengan berkhidmat selama hampir 30 tahun. Lama tu...sempat meninggal dulu kalau umur xpanjang. Pejam celik dah dekat 2 tahun aku berkhidmat sebagai jurutera di sektor kerajaan. Lawak la sekarang dah jadi jurutera. Macam xpercaya lagi. Asal niat dihati nak jadi arkitek kerana lemah dalam subjek matematik, tapi saranan yang salah campur xda jodoh maka terjerumus belajar kejuruteraan awam di UTM(uni. tendang menendang), Johor.

J41 macam aku bersepah sekarang di JKR. Mana-mana pergi semua ada. Xada istimewa pun dan aku pun rasa biasa jer mcm cleaner yang datang setiap hari kemas office. Bezanya kulit dengan muka jer. Dari segi skop kerja dan cawangan mereka menjawat. Cleaner pun ada kat setiap blok & tempat. Hahaha. J41 up sikit dari cleaner la.

Pasal tugas aku pula, Yeah.. aku sukakan cabaran. Tugasan biasaku lakukan ku tambahkan dengan tugasan-tugasan dengan cadanganku sendiri kepada Bosku. Sebab apa bagi cadangan tambah tugas? Nak tunjuk pandai ker? Tidak sama sekali. Untuk kebaikan diriku, orang lain dan ingin membuang sikap negatif yang selalu ada pada kakitangan awam iaitu 'taichi kejer' @ elak keje serta sikap malas la. Mujur xdalam golongan tersebut. Malas tu ada, tapi takkan malas sentiasa..apa nak jadi dengan duit gaji yang 'goment' bagi? Berkat ker?

Aku hanya 'target' pada tangga gaji J52 sahaja sebelum pencen. Cukup la. 30 tahun berkhidmat & berpencenkan J52.

Aku dah fikir panjang dan membuat kajian mengenai 'advantages & disadvantages' kerja dengan kerajaan @ tidak, ternyata pilihanku tepat. Pendapatan kecil xmengapa tetapi masaku, hidupku tidak diambil oleh bebanan gaji yang besar serta tekanan kerja yang setimpal bayaran yang diterima. Ya, dulu orang kata kerja kerajaan tiada kerja, boleh mengait kain, boleh main pingpong, n macam-macam persepsi negatif termasuk aku sendiri pada kakitangan kerajaan. Mungkin benar dan ada asas pada dakwaan tadi tapi mungkin di sesetengah tempat dan jabatan yang bosnya bodoh tidak dapat mengawal anak buahnya. Percayalah, its different now & lebih baik berganda-ganda dari dahulu. Ikhlas.

Kalau nak jadi seperti di atas pun boleh, pokok pangkal, pokok paku-pakis hati kita la.

Enjoy apa kerjaya anda sekarang. Kadangkala ianya bukan apa yang kita inginkan, tetapi percayalah pada Allah, apa juga qada & qadar dariNya ada hikmah disebalik kesenangan dan juga hikmah di sebalik musibah yang diberikan.

Arah Mana Aku Pilih?



Tahun 2010 ini, adalah genap 30 tahun diriku hidup. 2008 sebagai diriku bergelar seorang suami & tahun ini insyallah bergelar bapa. Sungguh cepat masa berlalu. Setiap detik dan waktu mengejarku untuk berusaha lebih gigih terutama dalam kerjaya, dalam hidup dan bidang yang aku minati.


Sudah hampir 4 tahun perancangan projek dokumentari hasil dari idea kreatifku tertangguh dan terus tertangguh. Antara faktor utama tergendala perancangan ini adalah dalam tempoh 4 tahun ini begitu banyak cabaran, perkara wajib dan penting perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya ialah berkahwin, bekerja untuk hidup, ditempatkan di luar lembah klang dan juga faktor comeback yang lambat dari dalam diri. Aku puas mengkaji dan menemui sebab-sebab ini. Faktor diri & disiplin diri menjadi punca ianya sekadar di dalam peringkat perancangan dan dalam kertas cadangan sahaja.


Bila nak senang & nak kaya kalau tak buat kerja extra? Kerja sekarang sebagai pejabat awam berstatus tetap telah menstabilkan diriku dengan pendapatan tetap dan juga jaminan ketika usia tua. Sure ada pencen, sure dapat medical facilities. Itu jaminan untuk selesa dalam hidup dan hidup sederhana. Jika ada kemahuan di zaman penuh cabaran ini, usaha lebih dan kerja kuat baru boleh capai apa yang dihajati..


Arah telah dipilih, kerjaya sudah ada. Arah telah disusun tetapi untuk melajukan kayuhan serta perjalanan dalam arah yang ditujui perlukan 'booster'! Speedup mencapai destinasi yang ingin ditujui perlukan 'booster'. Antara pencepat kejayaan atau penyeri hidup ialah keluarga yang bahagia serta kesenangan & kekayaan. Setiap nikmat dunia terbabit perlukan usaha.


Dengan nama Allah dan keberkatannya, aku juga ingin mengejar nikmat dunia walaupun ianya bersifat sementara pada diriku. Aku mahu isteriku, anak-anakku boleh mendapat apa yang mereka hajati. Aku juga punyai impian yang belum lagi aku capai..


Gegar & Goncangkan diri dengan kerajinan, buang sikap malas dan suka bertangguh. Ciri-ciri orang berjaya perlu ikuti, barulah ada potensi untuk berjaya. Sayang masa yang ada aku tidak berjaya untuk cipta kejayaan serta kesenangan. Bangkit!!!

Wednesday, May 12, 2010

2010_Konsentrasi Diri & Halangannya

Tumpuan atau 'concentration' dalam diri kadangkala menjadi punca seseorang itu fokus atau tidak berkenaan sesuatu perkara, tindakan, perilaku serta respons yang bakal dilakukan. Adakalanya diri ini dibaratkan sebagai sebuah 'DSLR' kamera yang cukup hebat tetapi sayang punyai masalah pada fokus lensenya. Imej yang di'capture' tidak jelas dan pudar. Gambaran apabila kita hilang konsentrasi. Apabila hal ini berlaku kepada kita, apa yang kita akan lakukan? Yang pasti tentunya faktor konsentrasi melibatkan penyebab dan punca ianya berlaku.


Saya dapat mengumpulkan penyebab diri saya hilang konsentrasi pada sesuatu perkara yang saya lakukan atau tumpuan tidak 100% pada kerja yang dilakukan disebabkan oleh faktor:-


1. Faktor Diri Sendiri. Tumpuan adalah kemahiran yang ada pada dalam diri kita. Kemahiran ini boleh dipelajari dan boleh berkembang dan boleh juga hilang. Kita kene tanya pada diri kita adakah kita sendiri ingin memberi tumpuan untuk perkara yang bakal kita lakukan atau hanya 70 % tumpuan atau konsentrasi yang kita ingin berikan? Diri kita yang menentukannya. Cara mana memberi konsentrasi ialah mengganggap perkara yang bakal diperolehi dalam kerja terbabit adalah perkara PENTING sentiasa dan tiada lain dari diri kita yang ketahuinya. Kita akan dijadikan tempat rujukan. Barulah kita tidak akan menanggap perkara terbabit tidak hanya sekadar 'tempelan' semata-mata.


2. Faktor Orang Lain. Faktor ini hanya memainkan peranan 50 % sebagai penyumbang utama kita hilang konsentasi. Emosi dan jiwa kita dengan orang lain yang menyebabkan konsentrasi kita terganggu. Cara atasinya, kita harus kawal dan tahu batas-batas orang lain yang kita harus hormati had-had terbabit. Kawalan perlu sebelum ianya tidak terkawal.


3. Faktor Suasana dan Keadaan Sekeliling. Kadangkala kita ditakdirkan menghadapi situasi yang ideal untuk terhasilnya keadaan kita bakal hilang tumpuan. Contohnya kita perlukan tumpuan 2 kali ganda dalam pembacaan , sebab prossesor minda sekadar 'celeron 1.5 Gig' dan RAM 256 MB, tetapi kita dalam masa yang sama ingin bersama rakan bijak sehebat prossesor Intel 'i7' belajar sambil bermain. Jika kita mengikut mereka kerana suasana tanpa fikirkan keupayaan kita, surely kita 'extend' atau Ulang Matapelajaran dalam belajar. It happen to me. Kurang bijak dalam lihat 'cermin mimpi'.


Apa yang harus kita lakukan untuk menajamkan fokus diri dan konsentrasi? Tidak perlu makan kismis minda berkotak-kotak, tidak perlu minum air penerang hati berbotol-botol tetapi Doa pada Illahi. Pray to Allah. Doa adalah senjata dalam menepis segala rasa gundah dan masalah dalam hati dan jiwa. Pupuk dalam menjadi 'pendengar yang baik' dan menjadi 'decision maker' yang menimbangkan segala aspek dengan segala pengalaman masa lalu serta belajar dari mereka yang sama aliran dan yang sudi curah ilmu dan pengetahuan.



Halangan besar dalam diri adalah pada DIRI SENDIRI



Monday, May 10, 2010

2010_Perasaan Menjadi Seorang Bakal Papa


Suka sangat bila dapat tahu my wife disahkan pregnant our 1st baby... Happy sangat-sangat dengan apa yang Allah berikan. Sujud syukur pada Allah. Saya ada zuriat!! Yeppi.... Setiap hari saya mengira bila detik saya dapat tengok bakal anak saya. Adakah ikut rupa saya? Adakah ikut wife saya....Semua persoalan ni bakal dijawab kelak Insyallah tidak lama lagi. Expected date adalah pada hujung June 2010. Hopefully sama bulan dengan papanya. Apa yang saya nak kongsikan adalah perasaan kita bila kita bakal jadi bapa. Susah nak gambarkan dengan perkataan, tetapi ia adalah pengalaman yang sangat indah. Bila wife mula mengandung, saya sangat-sangat tekankan agar dia jaga pemakanan, jaga langkah berjalan, sehinggalah saya juga sanggup mengenepikan my 'diehard' hobi as Fishing Fanatics untuk sementara.
Ini pesan papa untuk bakal anak papa,
"BBBoy @ BBGirl, papa bukan seorang yang bagus, tetapi papa akan berikan yang terbagus untuk anak-anak papa, Papa bukan seorang yang alim, tetapi cuba untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anak papa, Bila besar nanti, tiada halangan untuk lakukan sesuatu yang xmenyalahi hukum agama Islam, yang penting doa dari anak-anak papa kepada kami berdua".