Counter

Wednesday, December 30, 2009

Tahun Baru 2010


Dengan rasa rendah diri aku merasakan tahun 2009 banyak mengajar aku erti hidup sebenar. Erti hidup yang baru aku terokai iaitu alam rumahtangga. Alam baru ini mengajar aku erti kesabaran & ketenangan dalam melayari hidup.


Harapan 2010 adalah satu, mengurangkan sikap amarah & lebih cool. Aku nak cukupkan sembahyang harian yang kadangkala "ronggak" kerana urusan dunia, aku kesal. Menjadi papa kepada bakal anakku dan juga menjayakan beberapa projek "istimewa" yang tertangguh kerana faktor jarak & masa yang aku tumpukan.


Allah tempat ku mengadu & Allah juga tempat kita memohon sesuatu. Kejayaan & kegagalan datang dari Allah setelah usaha yang dilakukan. Setimpal atau tidak pemberian dariNya, nilailah diri kita.

Keberanian Yang Terpendam


Manusia yang hidup di bumi sementara ini dilahirkan walaupun tidak banyak tetapi serba sedikitnya ada sifat keberanian. Keberanian yang positif membawa implikasi baik pada kita tetapi mungkin sebaliknya kepada orang yang mendengar atau melihat sedikit keberanian yang kita ada.

Hidup aku perlukan keberanian dalam kerja, dalam tindakan dan dalam apa jua perkara seharian. Apa yang penting, keberanian yang tidak "sembrono" tetapi keberanian yang ada perlu digunakan sebaik-baiknya.

Selepas usaha barulah diselangi dengan "tawakkal" kepadaNya. Moga aku berjaya menyusuri kehidupan yang lebih bahagia.

Saturday, December 19, 2009

Kerja Untuk Hidup



Sejak azali lagi sudah menjadi lumrah dan tanggungjawab mencari rezeki atau kata lain bekerja..Kerja untuk hidup & Hidup untuk bekerja..Dua perkataan yang berbeza maksud & membawa pengertian berbeza kepada setiap individu. Kadangkala apa yang kita kerjakan atau dipertanggungjawabkan pada diri kita menjadi tekanan dan sudah lumrah habuannya pasti wang.. Berbaloikah kerja kita sekarang ni? atau patutkah kita bertukar kerja demi mendapat imbuhan yang lebih banyak atau peluang yang kita bakal perolehi itu hanya bersifat sementara dan tiada kelangsungan yang lama?

Hijrah atau perpindahan membawa maksud besar kepada golongan yang makan gaji...implikasinya amat besar kepada keluarga, bakal membawa kebaikan yang bersifat berkekalan atau jika malang merugikan diri apabila dicongkak atau dicatur-catur semula.

Hidup bebas hutang, hidup dengan kemewahan adalah impian setiap manusia yang ada dimuka bumi. Seperti mereka juga aku juga menyimpan hasrat & matlamat demikian. Usaha masih belum cukup masakan mimpikan harapan setinggi langit. Rezeki pasti datang dengan usaha yang gigih dan kerja keras beserta kebijaksanaan. Ciri-ciri mencari kemewahan telah ada, tapi usaha belum gigih. Yang pasti adalah pasang impian yang tinggi berserta Doa pada Allah S.W.T dan usaha keras, Insyallah pasti tercapai. Keep it Up! Life must go on..

Monday, December 14, 2009

Posted by Picasa

Now i'm a blogger...

Salam semua. Saya terdorong untuk menulis blog adalah untuk kepuasan dalam kehidupan. Kepuasan yang tidak diperolehi dalam hidup seharian dengan perbuatan tetapi dengan nukilan & tulisan. Hope all of us gets something yang berguna with sharing our life n improve it in the future. Semoga Allah Mencucuri Rahmat Pada Kita Semua dalam Kehidupan..