Counter

Tuesday, December 21, 2010

2010_Hujung Tahun : Kerja Berlambak & Pelbagai

Tolong-tolong.....help-help!... Aku banyak keje nak settlekan..Pelbagai jenis, semua nak cepat dan dikejar...aku tetap gagahkan walaupun tak la gagah mana.. Banyak betul keje untuk UT...Hujung tahun banyak benda-benda yang hendak difinalkan & disiapkan...




Tapi kepuasan tetap ada bila kerja yang bertambun ni disiapkan.... I need a rest this week. Barulah hidup ini mencabar sikit dari normal life....Perit & jerih ku harunginya... Makan gajila.. not keje sendiri.



Sunday, December 19, 2010

2010_Time Constraint : Office Work+Hobby+Survival



I Believe I Can Fly : 2011


Not like this...
yeah..bermula dengan niat, impian & kesungguhan

dan..segalanya boleh jadi kenyataan...tiada yang mustahil dengan keizinan ALLAH S.W.T



Saturday, December 18, 2010

2010 Family Photo:++Joe&Eva++

Program Menembak Kali ini disasarkan kepada my best friend in Desa Seri Hartamas office, mr Joe.. Sasaran ini dijemput hadir bagi menjayakan sesi bebas ini bagi tujuan menjayakan program besar 2011..
Anyway.. terima kasih daun keladi, bila-bila shoot lagi..Turut menjayakan portfolio ini adalah rakanku Mr. Ezam... you are the man...









Family Tree




Cinta Cahaya Zainab



tukang ambik gambar : Mr. Ezamudin

Tuesday, December 14, 2010

Malaysia Boleh : Kicap Tiruan Kerana Apa ini Berlaku?

Aku pun pelik, kicap cap Kipas Udang pun ada malaun nak tiru, siot betul. dah la favourite aku. Aku nampak puncanya disebabkan 2 perkara... 1st puncanya disebabkan oleh rakyat malaysia kreatif kerana faktor mendesak iaitu faktor kemiskinan dan tekanan kehidupan untuk menjadi kaya tapi pada jalan yang salah. That why 'apek' atau 'ane' atau pakcik pengusaha haram ni mengkreatifkan bakat mereka untuk tiru bulat-bulat kicap yang popular.
2nd punca... pernah tidak rakyat Malaysia memikirkan tentang kenapa sibuk Kerajaan sekarang menghebahkan tentang Pelan Transformasi Kerajaan serta Model Ekonomi Baru... Ya...Model ekonomi baru dibuat kerana pakar-pakar ekonomi Malaysia dah kaji dan rakyat pula dah merasai tentang ekonomi kita akan tewas dan tidak berdaya saing apabila dalam kajian MEB, peratusan kenaikan gaji di Malaysia selama 10 tahun adalah hanya 2.5% sahaja. That why la gaji yang kita ada manjang kurang cukup bukan tidak berkat tetapi faktor kenaikan harga menyebabkan nilai wang yang anda ada contohnya rm50 dahulunya besar yang boleh membeli bilangan jenis barang yang banyak tetapi sayang dan mendukacitakan sekarang nilai wang itu hanya sekadar beberapa barang je. Kuasa membeli dah tiada.
Just imagine kenaikan gaji bagi J41 hanyalah lingkungan rm90 sahaja setahun.. what happen dengan kenaikan barang-barang lain yang kalau di jumlahkan dalam setahun telah memakan atau menyerap balik value kenaikan gaji kita sehingga kita tidak tahu mengapa duit kita tidak cukup sedangkan tahun bekerja telah meningkat..
Dalam kata lain atau bahasa mudah dan bukan bahasa EKONOMI ialah rakyat berpendapatan sederhana dan jangan tak percaya berIjazah, berMaster serta dalam kelompok profesional akan berasa bahang ekonomi akibat kenaikan upah atau gaji yang tidak BERKADARAN dengan tahun dan juga keadaan Ekonomi.
Aku akan sambung isu berkaitan MEB serta Plan Transformasi Kerajaan yang akan memberi sedikit cahaya kepada semua rakyat Malaysia if ianya tidak bersifat retorik politik... Naya la rakyat & kakitangan Kerajaan. Bersambung dalam MEB.....

Monday, December 13, 2010

Gangguan Visual Di Office

Pernah atau tidak anda mengalami gangguan visual atau objek yang tidak mahu bergerak-bergerak di depan anda walhal ianya manusia yang bekerja? Objek ini duduk di kerusi di depan meja dengan wajah ke arah anda tanpa mengeluarkan suara tetapi memandang keindahan sekitar anda serta di meja anda yang semak tanpa menjelaskan tujuan sebenarnya...Mengapa ini terjadi kepadaku?
Mungkinkah aku digambarkan sebagai screen TGV yang menayangkan filem Rajnikkan : Robot yang begitu taksub duduk dan mengunjungi mejaku tanpa jemu. Atau adakah aku ini digambarkan sebagai Biro Pengaduan MCA yang mana tempat di mana mereka datang untuk mengadu masalah mereka? Aduihh....Aku tak boleh bua keje da....takkan nak halau la pulak...kesian & tak sampai hati...Diorang tidak berniat jahat tetapi boring kerana tugas mereka sebagai driver dan suasana office yang berkonsep tanpa bilik (open space).
Pandang semacam jer..risau gak..takut-takut diorang ni 2 Alam. Tolong...Saya manusia normal.
Pelik gak, banyak-banyak engineer kat office ni, banyak orang, kenapa aku ni sering dikunjungi ramai ahli mesyuarat tingkap. Sedikit sebanyak terganggu jugak kerja-kerjaku. Dari kisah peribadi, kisah benar, dan juga meja transit kepada bos-bos dari KT untuk menggunakan PC.
Walau apapun, aku tak sampai hati nak bagi tau. Anggaplah gangguan visual ini sebagai objek statik dan tiada tujuan yang hanya disalah letakkan di depan meja aku. Bezanya mereka ini adalah kawan-kawanku yang ada keje tapi bukan waktu mereka bertugas... Kiranya mereka ini aku anggap halimunan je la walaupun hakikat sebaliknya.
Puhhhh.......kasi hilang sikit gangguan visual..



Nota : Di rumah adalah sangat sunyi apabila isteri tercinta & baby 'demuk' balik Kg bercuti.... menderita suami kesunyian... Arghhhh...

++Hitam Putih Kehidupan++

Lagu ini sangat menyimpan seribu kenangan kepadaku. Laguni memberi semangat padaku ketika mengulangkaji peperiksaan dan dikala lampu dorm asrama STTJ ditutup sambil dengar walkman. Biasanya laguni akan dimainkan oleh radio-radio kerajaan time tengah malam. Lagu ini penuh dengan nasihat dan tauladan agar kita tabah hadapi hidup di dunia ini.
Sheila Majid among my favourite local artist yang sangat sesuai menyanyi lagu-lagu slow macam ini. Legend yang sukar dicari.
Aku pun taktau kenapa aku suka sangat laguni.. rasa makin tua bila dengar lagu ni sebab laguni telah hampir 11 tahun dari last last recall aku dengar masa student dulu pada tahun 1997. Wah sangat suka serta mengujakan aku menghargai setiap saat aku hidup di muka bumi Allah ini.
Teringat ayah, emak, keluarga, isteri serta anak. Teringat saat masa kecil dan masa satu family rapat....Sangat menginsafkan dan baru aku teringat banyak kesilapan serta kelekaan hidup di dunia.
Aku sayangkan Isteri, Anak, Ayah & Ibu. Terfikir bila diorang dah xda.....wargghhhh..

Saturday, December 11, 2010

2010_Outing Menembak : Putrajaya Landscape

Berikut hasilan dan dapatan dari hasil menembak pada Sabtu 11 November bersama Mr. Ezam dengan tema : Landscape bertempat di Putrajaya. Teknik dan cara menembak adalah dilakukan secara ikut suka tanpa Mahaguru dalam photography kerana tiadaan guru yang sudi mengajar. Maka dengan itu kami pergi memburu secara survivor dengan skills yang xbest dan ingat-ingat lupa. Tapi pemburuan kami berjaya juga memperolehi hasil tembakan yang boleh di bawa ke rumah sebagai habuan atas kehitaman yang diperolehi.
Hari Ahad pula di khaskan untuk photography bertema : family. Walau apa pun kami sangat gembira berjalan menguruskan perut sambil menari-nari kepanasan di tengah Putrajaya. We proud to be Malaysian kerana punyai landskap yang indah tetapi keindahan itu kami tidak dapat 'tangkapkan' dengan cantik kerana naif dalam aktiviti menembak ini.












































Bagi tahun 2011 yang bakal tiba kami mahukan keindahan Malaysia di'tangkap' oleh kami dengan cara lebih baik iaitu hasilan yang indah tanpa teknik tipu muslihat editing. Sekian ikhlas dari tukang ambik gambar.