Counter

Tuesday, November 30, 2010

December 2010

Wake up!!!!

Bulan December 2010 penuh warna warni kesibukan.. takpe aku masih lagi mengaktifkan diri untuk menulis.
Berikut merupakan ringkasan apa yang beredar di pemikiranku..


1. Family : Anakku Danish berusia 5 bulan & beberapa hari... More respond touching & feeling from him.. Best tahap dewa melihat perkembangan hari demi hari. Danish dah bermula makan some baby biscuit & cereal nestum...bagi mengelakkan tumbesaran dipercepatkan... Menggigit, mencakar dan berbunyi suara lelakinya apabila tidur akan menjadi faktor penyebab langkah memberi makanan berbanding susu (normal feeding xsalah 6 bulan). Perkembangan setakat bulan ke 5 ialah seberat 7.6 kg... n 1 month ketinggian bertambah 4 cm dalam 1 bulan... yup perkembangan yang cukup cepat.



Muhamad Danish Irfan
Merenung masa depan
Penjaga Danish & Papa : Mama yang permata hati papa
Papa with danish@ Menara Tinjau Ampang
Mama with Danish yang 'demuk'
Kami menjalani kehidupan sebagai satu family seperti keluarga-keluaga lain juga. Ada masa keluar berjalan-jalan, ada kalanya gembira, adakalanya merajuk, ada juga bergaduh sikit-sikit, malas bangun & macam-macam lagi. Segala pengalaman hidup sebagai satu family lengkap dah tercapai. Ada isteri yang dicintai, ada anak lelaki comel n bulat serta punyai kerjaya. Kaya belum lagi. Memang betul ramai orang kata yang hidup berkeluarga ini amatlah indah & memerlukan kesabaran. family is the 1st priority. Jangan panjangkan masalah yang kita hadapi.
Apa yang lagi kami inginkan?
will see you in Kebendaan or Kebahagiaan?

Friday, November 26, 2010

Misi Membalas Surat Yg Penuh Atas Meja : Untuk Tindakan



Makan Gaji : For sure Keje tak abis punyelah...Bos yang disayangi memberi kerja yang begitu hebat banyaknya..Layan

Kenapa aku selalu teringat Baby Danish...bile kerja... My baby always in my heart.. Aiyoo...danish dah besar la. 5 bulan, 2 hari. Makin hari makin hensome, why haa...macam la tak tau papa dier macam tu jugak dulu.

Opps....time out.. Mari menjawab Surat & Memo untuk tindakan... :-(


Monday, November 22, 2010

Afraid? or Dare to take a risk : Dikalangan Bos & Decision Maker (Bahagian 1)

Bos disokong oleh orang bawahnya
Sinonim dengan kata-kata di atas. Mungkin anda juga mengalami di mana keputusan sesuatu perkara yang amat penting dan di tunggu-tunggu semasa meeting, hanya bersifat 'idle' dan tidak ada kata putus...Mengapa ianya berlaku?
Berikut kupasan diriku tentang apa yang diriku nampak dan ikhlas bukan untuk menjatuhkan mana-mana individu atau institusi tetapi untuk renungan ke arah kebaikan dengan memberi buah fikiran. I'm proud to be GOVERMENT SERVANT!! Sedikit pandanganku ini bukannya kajian pun... Tetapi berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang ditimba sebagai pejawat awam. Faktor takut membuat keputusan atau takut mengambil risiko ini adalah 'kebiasaan' yang diambil oleh mana-mana pejawat awam bagi memastikan tindakan atau arahan yang dibuat oleh mereka tidak di persalahkan atau dipertanggungjawabkan. Semua orang kalau boleh tidak mahu dipersalahkan...tapi adakah ANDA selesaikan MASALAH? Atau anda sorok masalah terbabit seketika atau selama-lamanya.
Bekerja Dalam Sistem Memerlukan Kita Memahami Sistem Berkenaan
Di dalam institusi kerajaan, mereka yang ingin melihat orang lain membuat kesilapan adalah ramai berbanding bersama berganding bahu menyelesaikan masalah. Kerenah BIROKRASI menjadikan masalah yang kecil semakin bertambah besar, kos yang dahulunya kecil menjadi sangat-sangat besar dan merugikan kerajaan disebabkan sesuatu keputusan atau tindakan itu lambat untuk diambil tindakan. Tanyalah mama-mana kakitangan kerajaan, kekangan ini menjadikan matlamat kerajaan atau agenda kerajaan untuk rakyat kadangkala lewat untuk dirasai oleh mereka yang memerlukan. Ini adalah realiti hampir di semua jabatan dan kementerian; perkara atau isu NEGARA yang sangat penting diselesaikan secara tidak memikirkan kesannya jika tidak disegerakan. Kenapa ini berlaku?
Takut...tidak mahu ambil risiko?...Biar orang atas buat keputusan...atau semua suruh PM buat keputusan? Budaya 'taichi' kerja atau mengelak tugas ini meresap juga masuk ke golongan-golongan muda yang baru memasuki perkhidmatan kerajaan. Baru 2-3 tahun dah tahu mengelak kerja dan men'taichi' kerja kepada pegawai yang komited pada kerja dan arahan tanpa rasa segan silu dan bersalah menyuruh orang lain melakukan kerjanya. Sikap seperti ini adalah akan merugikan mereka ketika saat awal menjawat jawatan di kerajaan adalah tempoh masa mempelajari semua perkara serta cara kerja di pejabat kerajaan. Jika tidak? Mudahnya..lihat mereka yang telah memegang jawatan contohnya J48 ke atas yang ada di antara mereka yang tidak tahu langsung membuka email walhal email telah digunakan di pejabat-pejabat kerajaan hampir 10 tahun. Malas & tidak mahu ambil pusing ketika mula bekerja adalah faktor penyebab berlaku kes seperti ini.
Keberkatan Hasil Kerja Kita bergantung kepada Niat Kita Bekerja
Kebanyakan rakan sejawat dan bos-bos di tempatku bekerja adalah kakitangan yang sangat efisien dalam menjalankan tugas & tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Golongan muda dan senior bergabung tenaga dalam menjalankan tugas yang diberikan yang penuh mencabar secara berhemah. Tetapi tidak la 100% terlepas dari mereka-mereka yang takut membuat keputusan dan takut melakukan tindakan yang dikuatiri dipersalahkan kelak.
Penyelesaian Terhadap Sindrom Takut Membuat Keputusan?
Firstly..Jangan Takut untuk membuat sesuatu keputusan. Ambillah masa sebelum menyatakan atau mengambil tindakan dengan bertanyakan kepada orang lain atau orang yang lebih arif atau pakar tentang sesuatu perkara yang mengingini kita untuk melakukan keputusan. Kitakan mempunyai mulut.....CAKAP....CAKAP......(petikan dari filem P.Ramlee: Seniman Bujang Lapok). Gunakan mulut atau suara kita untuk bertanya. Bertanyalah sebelum anda memberikan ajaran sesat lagi menyesatkan..
Sebagai rakan, atau anak buah bos kita dan se'office' perlulah bersetuju dengan tindakan di ambil oleh pihak atasan kita dengan syarat; segala perkara terbabit dimaklumkan atau dijemput bersama memberi pandangan atau paling tidak diberi makluman di dalam bentuk-bentuk hebahan. Sebarang komen dan bantahan adalah dibenarkan dengan cara saluran yang betul seperti memberi cadangan dan penambahbaikan semasa ianya belum lagi dijadikan agenda atau tindakan rasmi pejabat. Bos pun pandai-pandailah memainkan peranan dengan bertanyakan anak buah atau orang bawahan mereka agar turut sama 'join the club' memberi input. Barulah kesepakatan dalam membuat keputusan dapat dipertahankan bersama-sama, tak gitu?
Aku mampu bercakap dan berkongsi kisah hidup serta luahan hati serta pandangan peribadi, perubahan adalah paling utama dalam diri. Takut mestilah bersebab dan sebarang keputusan yang telah diambil kita perlu bertanggungjawab. Percayalah dengan cara dan langkah yang kita dah buat sebelum melakukan keputusan, hamba yang hina seperti kita manusia hanya mampu berserah dan bertawakkal kepada Allah S.W.T. Janganlah 'Do Nothing, n Berserah' tu dah nak mati la tu...
Bahagian ke 2, aku akan menyingkap disebalik 'Keputusan yang Lambat, mengakibatkan Kerugian Yang Besar pada Kerajaan'. Jumpa lagi.


Jangan di'Robot'kan oleh Bos tetapi Bekerjalah Secara Efisien Macam 'Robotcop'

Thursday, November 18, 2010

Ke Arah Melangkah 2011



Wednesday, November 17, 2010

2010_AidilAdha


Salam AidilAdha buat warga muslim & muslimat.Kami sekeluarga bertemu di hari mulia untuk bersama-sama membawa buah tangan berupa anak yang banyak untuk tatapan & mak & ayah... Cukup untuk menghabiskan lauk yang di masak. Sekejap masa berlalu, dulu kecil sekarang besar, dulu kurus sekarang @#$%&. Tapi kemeriahan ini sebenarnya harus dikongsi bersama abang Norhan serta keluarga. Maaf erol & aifa xdapat bergambar kerana sesi photo belum bermula, baby sedang tidur..Moga tahun hadapan seluruh keluarga dapat berkumpul bersama, insyallah.



Kak Ani & Abg Wan dan Anak2..
Peace....
Naim eye contact
Rose with Danish
Azhar Junior
Kak Ijan & abg Azhar Family
Steady Bro..
Crying Mode Activate
Mama Jan with children
Deeboo with air liur
Why Danish hairan? Hakim Big eye...Naim start to cry...
Danish please control your mouth & nose..
Naim's smile
Teeth of the day..
Big eye of the day..
Tercengang of the day..
Macam ustaz la...
Team Red Warriors gembira dengan kemenangan Piala Malaysia 2010
Nostalgic Moments
Nor's daughter
Meraikan Khabar gembira Lin nak kahwin next year..
Pak Manaf's Family
with me..
Me, lovely sayang & My Superboy Danish
Terasa menikah semula la pulak...

2010 Hadith_19 November 2010


2010 Hadith_18 November 2010


2010 Hadith_17 November 2010




Wednesday, November 10, 2010

2010 Hadith_11 November 2010


2010 Hadith_10 November 2010


2010 Hadith_9 November 2010


Tuesday, November 9, 2010

Motivasi Diri : For people who lost in spinning world!






Monday, November 8, 2010

Mengatur & Memfokus : Sasaran Hidup


Friday, November 5, 2010

2010_Hadith_6th November 2010


Thursday, November 4, 2010

2010_Hadith_5 November 2010