Counter

Sunday, March 24, 2013

2013 : Kenangan Bekerja di Pasukan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2



Gambar ini diambil setelah aku keluar dari Pasukan Projek ini...hahaha.Untuk Laporan Tahunan 2012 sebenarnya. 

Tiada yang lama..tiada yang baru. Semoga rakan-rakan yang baru memasuki pasukan projek ini dapat memanfaatkan segala ilmu yang di ajar di pasukan projek yang punyai 1000 macam pengalaman & kerja kalau kita nak belajar la...

Anyway terima kasih diucapkan kepada Pasukan Projek ini kerana memberikan pengalaman terbaik dalam kerjayaku terutama langkah awalanku memasuki sektor perkhidmatan awam.

Semoga Allah dapat membalas segala jasa pengorbanan kalian.


Tuesday, March 12, 2013

2013 : Another Rezeki Bakal Baby & Danish

Syukur satu rezeki kepada keluargaku dengan dapat saguhati untuk peraduan kedua anjuran Pos Malaysia.

Nama je Senang Menang. Pemenang adalah berdasarkan Slogan Terbaik tentang Pos Malaysia. Kaunter Pos Malaysia hebat kerana... (20 Patah Perkataan). 

Masa Ambil Cek pada 8 Mac lalu baru tahu dari Pegawai Pos mengatakan entry sebanyak 400 ribu yang masuk untuk 10 minggu. Maknanya 21 pemenang setiap minggu X 10 minggu = 210 slogan terbaik daripada 400k. Kalau masuk 1 entry bermakna hanya kebarangkalian menang hanya 0.0003% sahaja untuk menang! Peraduan ni kena tukar 'SENANG KALAH"!

Anyway Syukur pada Allah & will try next time! Adik & Kakaku juga dapat menang pada minggu ke 8. Tapi xleh lawan otai Pakciku yang dah menang 2 hadiah utama mingguan & jika ada rezeki berpeluang mendapat hadiah utama Proton Preve & 5 Buah Motorsikal bagi Best of the Best.

Modal setem 30 sen je. Siapa nak bagi.
  

2013 : New Working Environment in HPU

Beberapa Wall Plate Information Pasal Perancang Jalan KKR yang sempat dicapture untuk rujukanku.. day 1 bermula pada 18 Feb 2013.. Now almost 1 month.. So far so good.. Beban kerja hanya pada kadar 1/3 dari kerja di pejabat lama. 

Banyak kenangan di lpt2 yg masih lagi segar dalam ingatku yang pahit mahupun manis.. Walauapapun "lain padang, lain belalang.." Boleh cuba angin baru dari Jabatan ke Kementerian. Adios!













Friday, March 1, 2013

2013 : Kuala Terengganu Views







Captured by Ipad Mini


2013 : Banci Trafik di LPT2


Task pertama bila masuk Bahagian Perancang Jalan, KKR iaitu Banci Trafik di Tol Bukit Besi & Tol Kuala Terengganu. Tempat jatuh lagi dikenang tuh.

Day 1 di Tol Bukit Besi sebanyak 4,556 buah kenderaan memasuki lebuhraya dari Jam 6 pagi sampai 10 Malam (16 Hours Counting).


Day 2 di Tol Kuala Terengganu sebanyak 4,123 buah kenderaan memasuki lebuhraya dari Jam 6 pagi sampai 10 Malam (16 Hours Counting).

Cuaca mendung & hujan sepanjang hari. 

Rasional banci trafik adalah bertujuan mendapatkan jumlah sebenar trafik yang melalui lebuhraya lpt2 bagi bahagian yang telah dibuka kepada orang ramai sepanjang 72km iaitu dari Bukit Besi terus ke Kuala Terengganu.