Counter

Friday, September 27, 2013

2013 : Alhamdullillah Vitagen No. 2





























Sunday, September 8, 2013

2013 : Back To Back Danish & Darwisy Day 1

Abang dan Adik.. 
Hidung Paling Hensome..

Monday, August 5, 2013

2013 : Ramadan Hampir Ke Penghujungnya & Datangnya Syawal

Seperti biasa berikut ringkasan beberapa perkara berlaku dari Mei hinggalah ke awal Ogos 2013 yang sempat dicatatkan dan diingati. Masa menceburi untuk aku menulis di blog.

Awal Mei, 2 Mei 2013. Lahir putera keduaku iaitu Muhamad Darwisy Arsyad dengan berat 2.24 kg tepat jam 6.27 pagi secara pembedahan iaitu pada usia hampir 8 bulan di Hospital Kajang. Syukur padamu Ya Allah S.W.T dengan kurniaan bayi sempurna zahir & batin.

Pertengahan Jun, 24hb Jun 2013 genap usia anak sulungku, Muhamad Danish Irfan usianya 3 Tahun. Hadiah bagi anak yang sangat ceria & lincah ini adalah lain dari sediada iaitu permainan 'Play Dooh' yang hanya dimainkan beberapa kali dan selebihnya dipermainkan oleh Papa & Mamanya dengan paksaan budak baik ini.

24 Jun 2013 juga merupakan datangnya berita baik dan kurang menyenangkan pada tarikh tersebut. Mama mendapat Posting gurunya sebagai Guru Kaunseling berjawatan tetap. Malangnya 1 Julai perlu melapor diri di Sarawak. "Dalam Ceria Ada Gundah".  Bagaimana dengan Bayi Darwisy? Danish Irfan? Keluarga, Penyusuan dan siapa akan jaga mereka? Kehidupan berjauhan dan bermacam-macam perkara bermain di kotak fikiran kami. Dugaan...Mohon tangguh sehingga 31hb Ogos 2013 atas faktor kekeluargaan dan bayi.

Memperolehi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sepanjang tahun 2012 bersama LPT2. Majlis diadakan di Dewan Mahfoz Khalid yang disampaikan Menteri Kerja Raya, Timb Menteri Kerja Raya, KSU, TKSU-TKSU. Terima kasih LPT2.

Awal Julai 2013, lawatan tapak ke Sabah bagi Kajian Kemungkinan Jalan Tuaran-Kudat yang dilakukan oleh Perunding dari Sabah. Bertemu sahabat-sahabat lama seperti Farid, Sadin, Razali, Radzif & Azmuni membuka lebaran baru dalam erti persahabatan yang telah tidak diketemukan dan membuka luas peluang & fokus kehidupan. Sungguh bermakna lawatan kerja dan pertemuan ini.

Laluan Kejayaan dan peluang keemasan Allah buka bermula di depan pintu bilik. Berkat mohon darimu Ya Allah.

Sepanjang Bulan Ramadan, Pejabat Perancang Jalan mengadakan Nuzul Al Quran. 

Pengalaman 2 hari lawatan ke Kelantan bagi meninjau Jambatan Takbai-Tumpat dan Jambatan ke 2 Rantau Panjang bersama En Shahrom.

Menghantar Baby ke kampung isteri di Kelantan bagi tujuan dibela oleh ibu mertua agar dijagai oleh Ibu Mertua.

Akhir Julai hingga Awal Ogos 2013. bermula 30hb Julai hingga 2hb Ogos 2013 ke Sarawak bagi meninjau Sekolah isteri yang jarakya hampir 160km dari Bandar Kuching. Kawasan pendalaman.







Wednesday, June 5, 2013

2013 : Lahir Muhamad Darwisy Arsyad

Anak keduaku lahir papa 2 Mei 2013 jam 6.23 pagi..Lahir xcukup bulan dan 4 hari terpaksa tinggal dihospital. Darwisy dilahirkan 34 minggu. Expected date adalah 6.6.2013 tapi dia nak awal jumpa papa & mama & abang Danish. Syukur padamu ya Allah..



Sunday, March 24, 2013

2013 : Kenangan Bekerja di Pasukan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2



Gambar ini diambil setelah aku keluar dari Pasukan Projek ini...hahaha.Untuk Laporan Tahunan 2012 sebenarnya. 

Tiada yang lama..tiada yang baru. Semoga rakan-rakan yang baru memasuki pasukan projek ini dapat memanfaatkan segala ilmu yang di ajar di pasukan projek yang punyai 1000 macam pengalaman & kerja kalau kita nak belajar la...

Anyway terima kasih diucapkan kepada Pasukan Projek ini kerana memberikan pengalaman terbaik dalam kerjayaku terutama langkah awalanku memasuki sektor perkhidmatan awam.

Semoga Allah dapat membalas segala jasa pengorbanan kalian.


Tuesday, March 12, 2013

2013 : Another Rezeki Bakal Baby & Danish

Syukur satu rezeki kepada keluargaku dengan dapat saguhati untuk peraduan kedua anjuran Pos Malaysia.

Nama je Senang Menang. Pemenang adalah berdasarkan Slogan Terbaik tentang Pos Malaysia. Kaunter Pos Malaysia hebat kerana... (20 Patah Perkataan). 

Masa Ambil Cek pada 8 Mac lalu baru tahu dari Pegawai Pos mengatakan entry sebanyak 400 ribu yang masuk untuk 10 minggu. Maknanya 21 pemenang setiap minggu X 10 minggu = 210 slogan terbaik daripada 400k. Kalau masuk 1 entry bermakna hanya kebarangkalian menang hanya 0.0003% sahaja untuk menang! Peraduan ni kena tukar 'SENANG KALAH"!

Anyway Syukur pada Allah & will try next time! Adik & Kakaku juga dapat menang pada minggu ke 8. Tapi xleh lawan otai Pakciku yang dah menang 2 hadiah utama mingguan & jika ada rezeki berpeluang mendapat hadiah utama Proton Preve & 5 Buah Motorsikal bagi Best of the Best.

Modal setem 30 sen je. Siapa nak bagi.
  

2013 : New Working Environment in HPU

Beberapa Wall Plate Information Pasal Perancang Jalan KKR yang sempat dicapture untuk rujukanku.. day 1 bermula pada 18 Feb 2013.. Now almost 1 month.. So far so good.. Beban kerja hanya pada kadar 1/3 dari kerja di pejabat lama. 

Banyak kenangan di lpt2 yg masih lagi segar dalam ingatku yang pahit mahupun manis.. Walauapapun "lain padang, lain belalang.." Boleh cuba angin baru dari Jabatan ke Kementerian. Adios!













Friday, March 1, 2013

2013 : Kuala Terengganu Views







Captured by Ipad Mini


2013 : Banci Trafik di LPT2


Task pertama bila masuk Bahagian Perancang Jalan, KKR iaitu Banci Trafik di Tol Bukit Besi & Tol Kuala Terengganu. Tempat jatuh lagi dikenang tuh.

Day 1 di Tol Bukit Besi sebanyak 4,556 buah kenderaan memasuki lebuhraya dari Jam 6 pagi sampai 10 Malam (16 Hours Counting).


Day 2 di Tol Kuala Terengganu sebanyak 4,123 buah kenderaan memasuki lebuhraya dari Jam 6 pagi sampai 10 Malam (16 Hours Counting).

Cuaca mendung & hujan sepanjang hari. 

Rasional banci trafik adalah bertujuan mendapatkan jumlah sebenar trafik yang melalui lebuhraya lpt2 bagi bahagian yang telah dibuka kepada orang ramai sepanjang 72km iaitu dari Bukit Besi terus ke Kuala Terengganu.

 










Thursday, January 31, 2013

2013 : Lawatan ke Kuari Bukit Buluh, Pulai Chondong Kelantan

Lawatan ini berlansung pada 7hb berikutan JKR Kelantan pernah menggunakan Polimer Modified Aspalt (PMA) dan LPT2 akan menggunakan hampir 1km di lebuhraya bagi tujuan ujikaji.



Thursday, January 24, 2013

2013 : Landak







Captured by Iphone 4



Saturday, January 19, 2013

2013 : Rezeki Bakal Baby & Danish

Alhamdullillah permulaan yg baik dengan kemenangan dengan 1 penyertaan pertandingan explorasi Berita Harian 2012, kami sekeluarga dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka. memperolehi sebuah telefon Samsung S3. Mama orang kuat dibelakang kejayaan ini! Kita cuba lagi tahun 2013!