Counter

Monday, June 28, 2010


video



video



video



video


Sunday, June 27, 2010

video

video

Saturday, June 26, 2010

Nyawa Kedua Lahir 24 Jun 2010

Salam semua. Di bawah merupakan gambar-gambar hari pertama lahirnya anakku kedunia.
Seorang bayi lelaki yang sihat seberat 2.9 kg. Lahir tepat jam 6.00 pagi pada 24 Jun 2010.
Mengimbas kembali bagaimana lahirnya puteraku...Jam 9.30 pagi (23 Jun 2010) ketikaku sedang berada di office, isteriku menghubungiku yg die dah keluar darah tapi tak banyak. Itu tanda-tanda bagi perempuan yg nak bersalin dah tak lama dah! So, mengambil langkah precaution awal, aku decided untuk balik kampung di Kelantan. Balik Kajang & pack barang mana yang perlu & gerak dari Kajang dalam pukul 11 pagi ke Kelantan.
Aku sampai di Kelantan lebih kurang jam 7.00 petang. Sampai di rumah lihat wife selamba jer macam xda sakit ape-ape. Tapi still bleeding, aku sarankan agar nurse kampung datang untuk check wife & cadangan diterima. Nurse datang n check isteriku n die terkejut & bagitau 'bukaan' dah hampir 5 cm! terkejut badak & die suruh sekarang jugak ke hospital T.Merah.
Jarak perjalanan lebih kurang 35 km, 12 km jalan felda n selebihnya jalan persekutuan. Aku membawa kenderaan selaju 'Raikonnen memandu WRC' dengan memotong kenderaan yang ada di jalan. Dengan bantuan emergency lights sampai di hospital dalam masa 20 minit. Mungkin kerana takut ataupun ketidakbijaksanaan nurse, bila check semula nurse hospital memberitahu dengan nada selamba hanya 1 cm sahaja bukaan. Whats? Terus wife ditahan di wad menunggu. Xpasal-pasal. Sambil menunggu wife, xboleh menunggu di dalam wad sebab dah diluar waktu melawat, so aku decide tengok game bola England bertemu...xingat. tapi xabis tengok sebab tertidur keletihan di dalam kereta.
Dalam jam 4.30 pagi (24hb), isteriku memberitahu bahawa die dah rasa sakit-sakit sebab nurse ada memecahkan ketuban n dah mula rasa sakit. Aku sempat menemankan isteriku ketika dia sakit, aku amat-amat kesian melihat kesakitan yang dia alami. Aku hanya dapat menenangkan isteriku dengan memberi kata-kata semangat padanya tetapi xdapat berkongsi kesakitan yang dirasai. Bila keadaan dah isteriku meraung sakit die minta ibunya menemaninya. Hampir 1 jam die dalam keadaan sakit untuk bersalin, sambil menunggu isteriku bersalin aku mengambil keputusan untuk sembahyang hajat di surau dan sembahyang subuh. Aku mohon pada Allah agar isteriku dan bakal anakku selamat dan tiada kesakitan yang melampau dialami oleh keduanya. Setelah selesai kedua-dua solat di surau, n kembali ke lobi wad bersalin, ibu mertuaku memberitahu khabar gembira yang isteriku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sempurna. ALHAMDULILALLAH...syukur padamu ALLAH.
Lebih kurang jam 6.45 pagi barulah diriku dapat berjumpa isteriku dan memberikannya ciuman di dahi dan dipipinya tanda terima kasih kerana berjaya melahirkan anakku. Setelah itu saat yang ku impikan selama ini ku telah perolehi..memegang bayi lelakiku dan mengucup dahinya. Merah!! itu yang keluar dari mulutku. Aku mendakapnya dan menghala ke arah kiblat bagi 'mengazankannya'..Setelah itu aku n isteriku serta bayi kami berpisah sementara waktu melawat jam 1 tengahari pula.Puas!! satu kepuasan apabila aku terpandang zuriat dari hubungan kami. Maha Pencipta sekalian mahluk, Syukur padamu ya ALLAH!!


Babyku berbibir pink! & berbulu lebat macam papanya

Kelihatan kening Baby macam papanya, atas kening penuh bulu-bulu halus


Baby menguap macam Mama die...

Hari pertama pun Babyku dah buka mata dia..mata macam Mama
Hidung macam Atuk...

Memandang papa...

Jari baby amat-amatla comel. Jariku yang hitam
Papa & Baby...

Menyorokkan 'sidebun' yang panjang

Nguapan oksigen..

Big eye....

bibir nipis macam Mama

Big Nguap..

Merah....

Friday, June 11, 2010

2010_Sibuk @ Buat-buat Sibuk?


Sekarang di pejabat proses Retender untuk pakej-pakej lebuhraya yang telah mutual termination. Semua orang sibuk. Riuh office dari HQ KT staff & boss dan juga dari Pakej turut berkampung di office KL. Ada juga kakitangan perunding turut sama berkhemah menyiapkan dokumen tender pakej-pakej yang ditamatkan secara persetujuan ini.

Memang busy. Office buka 8 pagi sampai ke 10 malam. Bermacam-macam makanan dijamu. Pizza, KFC, makan alacarte dan lain-lain lagi. Hari Keputeraan Agung pada hari Sabtu juga turut disapu bersih demi menyiapkan kerja-kerja tersebut. Suasana yang jarang-jarang berlaku di pejabat ini.

Apa yang aku ingin kongsikan ialah mengenai perancangan kerja. Kerja-kerja yang kita terima kadangkala memang banyak. Masa untuk menyiapkannya juga terlalu singkat. Tetapi, jika kita lihat kerja-kerja terbabit dari di luar lingkungan(ayat RTM) pastinya kita boleh berfikir kerja mana yang boleh di dahulu dan dikemudiankan. Kadangkala suasana kecoh je lebih tapi hurahara yang berlaku kadangkala takda apapun. Bak kata pepatah 'Bertelur sebiji Riuh sekampung'.

Aku tergolong dalam kategori tengah-tengah.. Sibuk walaupun susasana sibuk, tapi tak la sibuk sangat. Hehehe. Bijak sikitla. Bukan ambil kesempatan, tapi planning buat keje sikit-sikit dari awal.

Selain sibuk bekerja, sibuk juga mencari barang-barang keperluan baby. Stroller, Bouncer, barang-barang lain untuk baby. Semuanya bertujuan nak sambut anak pertama. Ini lagi sibuk dari kerja di office.

Walaupun kita sibuk, kita kene ingat orang yang disayangi. Isteri, Pakwa, Makwa, Ayah & Emak serta keluarga. Baru kita dimotivasikan dengan pengorbanan mereka.

Ada boleh pilih anda di golongan mana?. Saranan dari aku, apa yang korang buat, tak payah wayang sangat @menunjuk-nunjuk atau 'poyo-yo-oo'. Planning dulu k. Sibuk memang dah normal dalam kerja atau kehidupan peribadi.

Enjoy kehidupan yang pendek di muka bumi dengan menambah nilai sesuatu perkara yang kita lakukan dengan amalan dan niat tulus!!