Counter

Monday, January 17, 2011

2011_Selamat Datang Cabaran!!

Hampir 28 hari berlalu di tahun 2011, baru aku dapat mengupdate sikit blogku. Tahun baru ini penuh dengan cabaran serta perancangan yang telah dilakukan menunggu untuk di'implement'kan. Januari penuh dengan cabaran yang besar tahap untuk diharungi terutamanya melibatkan kerjaku serta projek LPT2.

Berikut ringkasan-ringkasan yang dapat ku coretkan sepanjang bulan ini.

Keluarga
1. My SuperBoy dah 7 bulan... Boleh mengesot dan berpusing 360'. Bijak sungguh Danish Irfan...Sering memberi respon senyum & aksi manja kepada orang yang menegurnya.. Riang sentiasa serta xlekang dek senyum... Kamu adalah permata ayah & ibu Danish....Setakat ini 'toothfairy' cute danish belum lagi muncul..

2. Mama conform xmengandung... isteriku menakutkanku (memang takutpun) prepare for 2nd baby... rupanye...just untuk menggelabahkan saya kerana kelambatan kedatangan 'p' die. Siannya pada danish awal sungguh dapat adik...

3. Adiku Khairul & isterinya (Aifa) mendapat 1st Baby (Girl) dengan nama Ayla Zinnirah... Baby seberat 2.9kg (same danish's weight)... Kami sangat gembira dengan kehadiran baby ini dalam keluarga besar Pak Manaf & Cik Nor... So, soalan yang sering ditanya oleh ramai orang...when my last adik will kahwin? Lin akan kahwin ntah bila... Beliau telah join club lambat kahwin kampungku.. adala tu belum jodoh..

Kerjaya

1. Masa untuk full concentrate checking another 3 tols plaza document tender.


2.1 Sempena projek LPT2 memohon tambahan siling sebanyak 841 juta, Munculah team Audit Dalaman dari KKR atas arahan YAB Menteri untuk membuat audit pada pihak Pasukan LPT2. Sebab? Nak tau pasal kenapa kos meningkat. Taklimat kepada audit disertakan dengan 'powerpoint' penerangan mengenai projek kepada team audit ini. Auditor ini juga disertai bersama-sama dengan auditor dari JKR sendiri iaitu dari unit Audit Teknikal JKR serta unit Integriti & Naziran JKR. Dekat 25 orang yang mendengar taklimat... Selepas taklimat Pengarahku ada bertanyakan kepada mereka yang bakal mengaudit kami...apa dokumen yang mereka perlukan untuk di audit... Mereka tidak dapat spesifikkan dokumen apa yang perlu bagi mereka untuk audit ini. Kata mereka, 'semua dokumen...'. Mereka tidak dapat menjelaskan secara terperinci apakah dokumen yang spesifik yang mereka perlukan bagi tujuan audit ini...

Komen ku : Macam xpenah audit jer... Kata unit audit dalam luar, audit teknikal serta integriti...tetapi bila ditanya ada atau tidak check list dokumen yang diperlukan.... mereka seolah-olah 'hang'.. kerana ke'complete'tan projek LPT2.

2.2 Pada 24 Jan yang lepas pembentangan kepada KP telah dibuat oleh Pengarah bersama bos2 lain serta aku satu2nya J41 yang turut serta dalam mesyuarat ini bagi tujuan membuat pembentangan hasil penemuan unit audit KKR & JKR ke atas LPT2. Belum duduk lagi KP dah sembur & keluarkan kata-kata 'disappointed' oleh Menteri & olehnya kerana banyak perkara yang di luar kawalan seperti mana tanggapan salah oleh tukang Penasihat auditor terutama pasal kenaikan kos projek retender semula. Macam-macam2la komennya yang telah dibuat dan berhenti setelah Menteri memanggilnya untuk hal-hal lain.

2.2.1 Mesyuarat ini berlaku di pejabat KP tingkat 5. 2 hari semua pasukan berkumpul di office menyiapkan segala maklumat tambahan request by auditor nampakya kurang membawa kepuasan kepada pihak top management JKR. KP meminta pihak pasukan LPT2 bersedia bagi menyediakan jawapan serta persediaan bagi didatangi oleh Audit Negara serta PAC(Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara). Nasihat Pengarah Jalan; Dato' Baha agar kami menyediakan satu 'powerpoint' yang lebih fokus kepada bagaimana tambahan kos boleh berlaku..



2.3 Pada hari berikutnya iaitu 25 Januari 2011 adalah Taklimat Penemuan Auditor kepada Menteri Kerja Raya dilakukan. Kehadiran KP, TKP, Pengarah Cawangan Jalan, TKSU2...dan banyak dari parti-parti lain turut memeriahkan suasana serta memanaskan keadaan walaupun bilik berhawa dingin. Konsep 'bentang & jawab' di gunakan. Yang kene jawab tentunya pasukan LPT2. Bila Auditor membentangkan... Menteri bertanya, KP akan cuba menjawab & jika jawapan terbabit perlukan penjelasan, KP akan menjelingkan ke arah pasukan LPT2.. Antara mereka yang memberi respond serta jawapan terhadap soalan bertalu-talu Menteri ialah Pengurus Besar Kanan, En. Kamalaldin & juga my Bos Datin... Cukup hebat pertanyaan sehingga Pengarah & PBK lain tidak dapat membuka mulut bagi menangkis 'kepanasan' suasana. Jawapan dari kedua-dua mereka agak menyakinkan Menteri Kerja Raya.

2.3.1 'Langit Tidak Selalunya Cerah' dan 'Diam-diam Ubi Berisi'.. Dalam pemerhatianku, setelah abis sahaja Menteri menghabiskan kuih di atas meja, barulah 'temperature' beliau meningkat dengan mendadaknya kerana tidak berpuas hati dengan % contigencies cost oleh LPT2 sebanyak 387% bersamaan RM1.7 juta. Menteri bertanya kenapa kos terbabit tinggi sedangkan segala penemuan bagi retender telah dijumpai dan sepatutnya telah dimasukkan dalam tender baru, masih ada lagikah kos berkenaan? Beliau 'berangin' kerana pihak LPT2 gagal membuka mulut secara cepat (Pegawai Yang Terlibat sepatutnya jawab dengan pantas) sehinggalah beliau memberi kata dua. "Tolong bagi tau saya, tanggapan Menteri awak salah". dan Overheat menteri sampai ke 'cut-off' dan memanggil seorang Pegawai LPT2 dan bertanyakan nama, "ok awak, What's your name?, Which department you from?...tell me.. U put us in Hot Spot!!" kerana kegagalan & kelewatan pegawai terbabit memberikan jawapan.. Suasana dalam Bilik Mesyuarat sepi seakan 'di BOM NUKLEAR'.. Setelah itu mesyuarat terbabit tamat begitu sahaja tanpa penutup atau 'syor' dari unit audit KKR.


Komen ku : LPT2 sebuah organisasi pelaksana Projek..ada bahagian & unit masing-masing. Bagiku, unit atau bahagian yang telah dipertanggjawabkan bagi menjaga bahagian tertentu kene la be prepared sentiasa. Siap Siaga Sentiasa! kerana projek ini bukan 2.1 juta, tetapi 2100 juta (2.1 Billion). So, Menteri tak salah 'mengamuk' kerana beliau juga punya Bos di atasnya yang memantau apa sahaja perkara terutamanya kenaikan kos projek... Preparation bagi penyiapkan 'presentation' bagi taklimat kepada Menteri telah dibuat dan diperbaiki jika Menteri mahu maklumat lanjut. Pengalaman ini membuatku sedar bahawasanya tanggungjawab pasukan ini sungguh besar dan perlukan komitmen serta penyelesaian segera tentang apa jua perkara kerana ia merupakan 'Isu Negara' kerana perkara ini telah di bawa semasa Dewan Rakyat oleh Ketua Pembangkang; Anwar Ibrahim pada hujung tahun lepas... Semua isu ini timbul setelah 'lubang' mutual termination dibenarkan bagi projek ini.

0 comments:

Post a Comment