Counter

Friday, January 13, 2012

2012 : Menghargai & Menyayangi Apa Yang Dimiliki

"Sifat Manusia yang naif yang mudah lupa dan mudah melupakan apa yang ada dimiliki sebenarnya amatlah berharga dari yang dicari-cari"

Kadangkala manusia yang mempunyai segala perkara ini akan lupa apa yang mereka miliki kadang-kala mereka tidak sedar bahawasanya keistimewaan terbabit tidak dihargai dan disayangi.

Contoh yang paling dekat jika seseorang itu punyai harta seperti kereta pertama. Kenderaan terbabit banyak berjasa dan memberikan kemudahan kepada mereka ketika mula hidup dan ketika saat-saat susah dan senang. Walaupun masa berputar, yang patah ada pengganti, yang pergi ada pengganti, tetapi masa untuk kenderaan terbabit di tukar dengan yang baru kadang kala belum cukup lama & dihargai. Muncul keinginan dan nafsu untuk menukar kenderaan baru untuk memastikan mengikut trend masa kini. Sayangkan.. kita ada kemudahan tetapi kemudahan terbabit tidak kita manfaat sehingga betul-betul kita berpuas hati dengan harga yang kita bayar untuk memilikinya. Adakah kita kalah pada Nafsu dan Kehendak dengan mengenepikan kehadiran kemudahan yang jika tidak diganti sekalipun tidak memberi kesan yang besar kepada kita?

Selain dari contoh kenderaan yang kita miliki akan ditukar mengikut kehendak hati.. ramai orang yang berkeluarga pastinya menyayangi isteri dan anak yang mereka miliki. Sayang isteri dan anak haruslah mengatasi segalanya. Cukup sayangkah kita dengan mereka dengan tidak mengetepikan keperluan mereka dengan kadangkala kehendak mereka itu di tidakseimbangkan dengan keperluan orang-orang ketiga? Orang ketiga dalam tulisan saya terdiri dari pelbagai manusia. Bos, Kawan, anggota keluarga atau lebih teruk orang ketiga ini adalah pemusnah kebahagiaan institusi keluarga. Golongan ini adalah memusnah apa saja yang kita miliki demi mendapat ke'Bahagia'an Sementara.. For sure jika kita cari kebahagiaan ini, pasti kita akan kesal sampai mati.

Mampukah kita mengawal diri dari menyeimbangkan dan menghargai apa sahaja yang kita miliki?

Persoalan ini sangat mudah dijawab.. Jangan cari nahas & cari pasal.. Kena bijak mencari kebahagiaan mana yang kita cari.. Long term or short term.. Duduk sejenak memikirkan apa yang kita telah lakukan dan beristifar dan merenung sejenak apa yang kita telah buat demi menyuburkan kebahagiaan dan kemudahan yang kita telah ada untuk kita kekalkan supaya tiada siapa dapat mengganggu gugat kebahagiaan ini.


Kesimpulannya, Bersyukur dengan apa sahaja yang kita miliki dan kita perlu hargai apa sahaja yang kita miliki. Samada cukup, samada ok, atau tidak kita kena hargainya terlebih dahulu dan membantu dan berusaha agar apa yang kita miliki itu dihargai bersama-sama dengan orang yang kita kasihi. Jangan berangan lebih dari apa yang kita mampu capai dan buang semua Dongengan Kebahagiaan Palsu.. Anda pasti tidak menyesal dengan Kententuan Yang Maha Mengetahui telah Aturkan kepada manusia yang mudah lupa..

0 comments:

Post a Comment