Counter

Wednesday, June 6, 2012

2012 : The End & The Beginning Chapter

 Mei & Jun bulan yang penuh emosi, dramatik, perubahan besar & anjakan pada diriku. Surat ber'AURA' pertukaran berwarna merah jambu telah diperolehi & aku akan ditukarkan kepada Cawangan yang sama tetapi unit berbeza. Tarikh berkuatkuasa surat adalah pada 16 Jun 2012. 

Hampir 4 tahun aku di LPT2, pelbagai kenangan manis & pahit telah dilalui. 29hb Ogos 2008 mula masuk sebagai pejawat awam & berkhidmat di Gebeng, Kuantan hampir 2 tahun. Setiap hari di LPT2 mengajar aku banyak perkara baru dan cabaran yang terpaksa ditempuh atau dielak. Setiap hari perlu diisi dengan pengisian agar gaji yang di ambil berbaloi dengan keringat atau output yang diberikan.



Hidup setiap hari adalah satu 'Pembelajaran' dan pertukaran  tempat kerja merupakan  pengakhiran kerja tempat lama dan permulaan cabaran baru. Semuanya adalah pelajaran yang akan ditempuh oleh mana-mana manusia normal dan merupakan rencah kehidupan sebagai pekerja makan gaji. So, 'shift the gear & face the reality'.



Dalam merancang tentunya ada kejayaan & kekecewaan. Kejayaan & rancangan akan datang dengan cepat mahupun lambat hasil keberkatan & izin Allah All Mighty. Perancangan perniagaan tampak memecut pantas diakhir perlumbaan. Last minute ianya diizinkan olehNya dan diharap ianya menemui kesempurnaan dan kemudahan bagi melangkah lebih jauh setelah ianya di'angan'kan hampir 3 tahun sejak 2009 lagi. Allah Maha Mengetahui sebab sesuatu itu berlaku. 

Kejayaan yang sukar adalah bagi menemui 'break event' dan meluncur pantas selepas itu apabila kesukaran tahap pertama itu ditempuhi dengan erti kata 'berjaya menfahamkan orang lain mempunyai sama pemikiran idea dan perspektif yang sama' adalah kesukaran telah berjaya dilalui.
Perlu 'smart & multi creative' mengikut keadaan serta loyal kepada Janji kepada Allah adalah perkara asas yang perlu aku mantapkan dalam dunia pekerjaan makan gaji & skill ini amat penting dan amat perlu dimahirkan dalam dunia perniagaan. Peluang, Idea & Konsep Super Genius, Ruang & Masa yang tepat adalah perkara wajib ada pada manusia yang inginkan kesenangan duniawi tanpa batas. Mampukah kita? Jawapan jawab sendiri. Just Do it. Syukur pada Allah kerana memberikan sedikit kecerdikan dalam kegelapan.


What happen next? TBC..

May Allah be with U!


0 comments:

Post a Comment