Counter

Saturday, November 3, 2012

2012 : Melawat Kubur Atok di Sg. Hj. Dorani, Sg. Besar



 Masih lagi aku ingat ketika tahun 1984, iaitu ketika aku berumur 4 tahun dan ketika itulah atok pergi meninggalkan kami. Aku tidak dapat mengingati rupanya tetapi hanya dapat ingat rambutnya yang putih beruban, tinggi dan selalu senyum.

Pada hari kematiannya, aku memerhati dari masa dibacakan yassin pada waktu malam, dimandikan, disembahyangkan. Ketika di bawa menggunakan lori untuk dikebumikan, aku cucu yang paling kecil ikut sama naiki lori terbabit tanpa rasa apa-apa takut dan hanya rasa kesian atok kena di bawa dan diselimutkan dengan kain putih walhal ianya adalah kain kafan.

Semasa menurunkan atok ke liang lahat kawasan di kubur itu masih lagi baru hanya tidak sampai 20 kubur. Masa berlari pantas, masa nenek dikebumikan pula dalam tahun 1990an pun dah banyak juga kubur di kawasan terbabit. Nah, sekarangni masyallah.. Kuburnya totalnya hampir penuh. Masyallah begitu ramai manusia telah kembali ke Rahmatullah.

Apa yang aku ingin kongsikan disini adalah, betapa kita ini tinggal di dunia ni adalah sementara sahaja. Bila sesekali ke kubur baru kita mengingati tentang ramai dari kita telah tiada. Sedihnya. 

Moga roh atok, nenek, embah dan semua ahli keluargaku di cucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang yang beriman. Allah Mohon darimu agar mereka ini diberi Nur di akhirat kelak & terlindung dari seksaan api negara. 

Al Fatihah.



0 comments:

Post a Comment