Counter

Tuesday, March 12, 2013

2013 : Another Rezeki Bakal Baby & Danish

Syukur satu rezeki kepada keluargaku dengan dapat saguhati untuk peraduan kedua anjuran Pos Malaysia.

Nama je Senang Menang. Pemenang adalah berdasarkan Slogan Terbaik tentang Pos Malaysia. Kaunter Pos Malaysia hebat kerana... (20 Patah Perkataan). 

Masa Ambil Cek pada 8 Mac lalu baru tahu dari Pegawai Pos mengatakan entry sebanyak 400 ribu yang masuk untuk 10 minggu. Maknanya 21 pemenang setiap minggu X 10 minggu = 210 slogan terbaik daripada 400k. Kalau masuk 1 entry bermakna hanya kebarangkalian menang hanya 0.0003% sahaja untuk menang! Peraduan ni kena tukar 'SENANG KALAH"!

Anyway Syukur pada Allah & will try next time! Adik & Kakaku juga dapat menang pada minggu ke 8. Tapi xleh lawan otai Pakciku yang dah menang 2 hadiah utama mingguan & jika ada rezeki berpeluang mendapat hadiah utama Proton Preve & 5 Buah Motorsikal bagi Best of the Best.

Modal setem 30 sen je. Siapa nak bagi.
  

0 comments:

Post a Comment