Counter

Monday, August 5, 2013

2013 : Ramadan Hampir Ke Penghujungnya & Datangnya Syawal

Seperti biasa berikut ringkasan beberapa perkara berlaku dari Mei hinggalah ke awal Ogos 2013 yang sempat dicatatkan dan diingati. Masa menceburi untuk aku menulis di blog.

Awal Mei, 2 Mei 2013. Lahir putera keduaku iaitu Muhamad Darwisy Arsyad dengan berat 2.24 kg tepat jam 6.27 pagi secara pembedahan iaitu pada usia hampir 8 bulan di Hospital Kajang. Syukur padamu Ya Allah S.W.T dengan kurniaan bayi sempurna zahir & batin.

Pertengahan Jun, 24hb Jun 2013 genap usia anak sulungku, Muhamad Danish Irfan usianya 3 Tahun. Hadiah bagi anak yang sangat ceria & lincah ini adalah lain dari sediada iaitu permainan 'Play Dooh' yang hanya dimainkan beberapa kali dan selebihnya dipermainkan oleh Papa & Mamanya dengan paksaan budak baik ini.

24 Jun 2013 juga merupakan datangnya berita baik dan kurang menyenangkan pada tarikh tersebut. Mama mendapat Posting gurunya sebagai Guru Kaunseling berjawatan tetap. Malangnya 1 Julai perlu melapor diri di Sarawak. "Dalam Ceria Ada Gundah".  Bagaimana dengan Bayi Darwisy? Danish Irfan? Keluarga, Penyusuan dan siapa akan jaga mereka? Kehidupan berjauhan dan bermacam-macam perkara bermain di kotak fikiran kami. Dugaan...Mohon tangguh sehingga 31hb Ogos 2013 atas faktor kekeluargaan dan bayi.

Memperolehi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sepanjang tahun 2012 bersama LPT2. Majlis diadakan di Dewan Mahfoz Khalid yang disampaikan Menteri Kerja Raya, Timb Menteri Kerja Raya, KSU, TKSU-TKSU. Terima kasih LPT2.

Awal Julai 2013, lawatan tapak ke Sabah bagi Kajian Kemungkinan Jalan Tuaran-Kudat yang dilakukan oleh Perunding dari Sabah. Bertemu sahabat-sahabat lama seperti Farid, Sadin, Razali, Radzif & Azmuni membuka lebaran baru dalam erti persahabatan yang telah tidak diketemukan dan membuka luas peluang & fokus kehidupan. Sungguh bermakna lawatan kerja dan pertemuan ini.

Laluan Kejayaan dan peluang keemasan Allah buka bermula di depan pintu bilik. Berkat mohon darimu Ya Allah.

Sepanjang Bulan Ramadan, Pejabat Perancang Jalan mengadakan Nuzul Al Quran. 

Pengalaman 2 hari lawatan ke Kelantan bagi meninjau Jambatan Takbai-Tumpat dan Jambatan ke 2 Rantau Panjang bersama En Shahrom.

Menghantar Baby ke kampung isteri di Kelantan bagi tujuan dibela oleh ibu mertua agar dijagai oleh Ibu Mertua.

Akhir Julai hingga Awal Ogos 2013. bermula 30hb Julai hingga 2hb Ogos 2013 ke Sarawak bagi meninjau Sekolah isteri yang jarakya hampir 160km dari Bandar Kuching. Kawasan pendalaman.







0 comments:

Post a Comment