Counter

Thursday, January 14, 2010

Bersangka Baik Sentiasa...



Setiap hari kita menjalani kehidupan harian. Dari pagi hingga ke petang kita berada di pejabat menjalankan kewajipan yang telah diberikan. Tanggungjawab dengan Allah adalah mengerjakan sembahyang 5 waktu yang wajib dilakukan selain menjauhi larangan-laranganNya. Selain dari tugas2 harian, apa yang aku rasakan yang perlu ada pada diriku & orang lain ialah bersangka baik pada orang lain. Sikap prasangka buruk menyebabkan diri kita akan sentiasa 'negatif thinking' pada orang lain. Bersangka baik dan memberi peluang kepada orang lain dalam menyampaikan sesuatu perkara adalah perlu sebelum kita menilainya.

Dalam kerja ,kita tidak boleh menilai orang bawahan kita tanpa memberikan sedikit ruang dan peluang dalam memperlihatkan bakat yang mereka. Jika kita sentiasa bersangka baik, tentunya kelemahan individu terbabit dilihat sebagai ruang untuk memperbaiki prestasi kerja mereka. Sebagai contoh, wajarkah kita menNAFIkan atau tidak memberikan hak orang bawahan kita seperti "kenderaan projek" bagi kegunaan mereka bagi membantu pengawasan di tapak sedangkan kemudahan terbabit tersedia menanti untuk digunakan. Jika sikap kita bersangka baik tanpa prejudis kepada orang bawahan kita, tentunya anggapan-anggapan seperti penyalahgunaan kereta projek, penggunaan petrol untuk peribadi dan lain-lain yang bermain di dalam hati boleh membawa penyakit hati yang kronik tanpa pengubat dimasa akan datang. Wallahualam.

Apa yang aku dapat simpulkan, kita ni sudahlah kurang amal, buat baik pun kekadang nak je, lagi nak cari nahas nak tambah dosa dengan bersangka buruk pada orang lain. Bersangka baik kan adalah tuntutan agama. Apa yang penting kita tidak perlu semakan hati dengan perkara-perkara yang tidak menguntungkan diri kita. Ramai orang tidak sedar, bahawasanya penyakit hati iaitu 'sangka buruk' amatlah sukar dibuang. Sikap suka komen yang menjatuh, suka tentang sesuatu perkara, suka menuduh tanpa usul periksa adalah sangat tidak elok.

0 comments:

Post a Comment