Counter

Monday, January 11, 2010

Masuk ke 30an....2010




Usia telah mencatatkan sejarah pada 2010 iaitu genaplah 30 tahun hidup dimukabumi Allah. Tahun 2010 baru bermula dan menyediakan tempat bagi aku mahu mengukir kejayaan atau kegagalan. Tahun ini akan memberikan diri aku dimensi baru apabila bakal bergelar bapa jika diizinkan Allah pada bulan Jun ini. Sungguh bersyukurku pada Allah kerana dengan izinnya isteriku mengandung anak sulung kami. Uban pun dah bersepah atas kepala, tanda usia dah meningkat.


Bulan Februari ini diriku akan berhijrah semula ke pejabat Kuala Lumpur bagi meneruskan urusan bersama Bos yang lain atas permohonan dan permintaanku sendiri. Moga tempat baru mengajarku banyak ilmu yang aku gunakan di kemudian hari.




0 comments:

Post a Comment