Counter

Tuesday, September 28, 2010

Moving Forward: Maju hadapan



Moving Forward@ Maju kehadapan adalah satu tag line yang digunakan oleh banyak syarikat atau individu untuk menggalakan organisasi dan diri ke arah 'positive thinking' kerja yang lebih baik.

Dalam 3 bulan yang aku lalui terlalu banyak perkara mengembirakan, mengecewakan, menyedihkan serta mengujakan. Semua ini menjadikan hidupku sekeluarga tabah serta muhasabah dengan apa jua suratan yang ditentukan olehNya.

Antara peristiwa sepanjang 3 bulan lalu yang baru dapat ku tulis dalam blog ini ialah:-

1. Baby Danish Irfan membesar dengan sihatnya. pada usia 35 hari beratnya adalah 4.7kg, pada usia 60 hari beratnya seberat 5.7kg manakala pada 23 hb September yang lalu pada usia 90 hari beratnya menjadi 6.7kg. Pertumbuhannya ideal dan sihat. Mukanya bertambah bulat dan hensome seperti papanya. Tahun ini ada 3 sebaya dengan tahun dengan danish lahir. Semua anak buah. Lahir awal sekali ialah Muhamad Naim(kak izan), Muhamad Asraf(kak ila) dan Wan Muhamad Hakim. Semua berebut untuk membuat anak pada tahun ini...Horeiii!!
Danish merenung his papa

My SuperBoy: Muhamad Danish Irfan

2. Tahun ini kami beraya bertiga dengan kehadiran baby Danish.. Siap berpakaian lengkap baju melayu, bersongkok dan bersamping, kami tahun ini sekali beraya di Kelantan kerana abang ipar bernikah pada raya ketiga. Keluarga juga menerima seorang lagi ahli iaitu kak ipar pertama; baizura. Semua ini melengkapkan circle family besar yang setiap tahun meriah dengan kelahiran & kehadiran orang baru.

Keluarga Yang Inginkan Kebahagiaan

Orang Baru Dalam Keluarga : Baizura

3. Selain berita sedih terpalit juga berita sedih dalam memori hidupku. Sepupu rapatku YEN telah kembali ke RAHMATULLAH pada 21.9.2010 pada usia baru 30 tahun. Arwah adalah anak sulung dan masih lagi bujang. Beliau meninggal kerana di awal ramaddan arwah kene strok dan tidak mampu bergerak badan, dan meninggal mungkin disebabkan faktor kolestrol dan juga jantung. Takziah diucapkan kepada Cik Saad & keluarga. Arwah la mengajar saya tentang apa itu ikan dan memancing. Segala memori kenangan bersama arwah tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila. Alfatiah buat roh arwah.
Kenangan bersama yen sewaktu kenduri kahwin saya pada 2008

Semasa majlis berarak perkahwinan saya

Segala coretan ini adalah bagi merakamkan memori suka duka aku dan keluarga sepanjang lama tidak mengemaskinikan blogku. Blog ini adalah bersifat perkongsian suka duka hidup ketika ada hayat di dunia yang sementara ini. Dengan perkongsian pengalaman serta nasihat serta apa sahaja sedikit sebanyak kita boleh mengambil ikhtibar serta pengajaran antara satu sama lain. Jumpa lagi...

0 comments:

Post a Comment