Counter

Wednesday, September 29, 2010

Life target: Short Term & Long Term




Life Target@Sasaran hidup merupakan sesuatu perkara yang mesti ada dalam hidup bagi manusia yang hidup dibumi ALLAH S.W.T. Ya, kadangkala kita lupa kita tiada sasaran kerana melayan kehidupan serta kerja harian. Layan punya layan sampai kita lupa, masa pantas meninggalkan diri kita...Ini perasaan yang biasa kita rasai bila kita memikirkan semula apa kita buat seharian harini, minggu ini, bulan ini atau kita rasa macam tidak percaya kita telah melangkah tahun yang baru...dengan segala kesibukan ini, kita tiada lagi sasaran atau pun misi yang kita ingin capai.. SAMA la macam aku pun, ikhlas.
So if dah teringat tu, baik kita lakukannya demi masa depan diri, keluarga serta hidup kita. Di sini aku ingin berkongsi 'target for short term period' aku bagi dalam tempoh 1tahun ini bermula Oktober 2010-Oktober 2011.
'Target: Short Term Period'
1. Praktikal sambil belajar shooting as pro wedding videographer dengan mereka yang ada nama. Now on going. Skill seperti 'cinematography' yangg belum lagi hebat ada pada diri perlu dipelajari.
2. Do some literature & study bussiness in media & video. Business strategy adalah paling penting serta on-ground experience bagi mengelakan ditipu atau tertipu.
3. Bergerak dengan kertas kerja sedia ada bagi tugas-tugas mendapat job-job video.
4. Meng'updates' segala blog peribadi, commercial serta hebahan di FB & dan lain-lain media.
5. Membuat kerja-kerja marketing & kerja-kerja review peluang utk long term target.
6. Mengasah apa-apa 'must have skills' sebagai engineer@videographer@businessman yang berjaya!!
nota: banyakkye? boleh capai ker? Jawapannya: SURE!! yang penting rajin.
'Target: Long Term Period'
Sasaran ini hanya aku sasarkan kalau tidak tersasar dalam durasi 3 tahun sahaja. Why 3 tahun kenapa tidak 5 tahun? Berjanggut dah biasanya tak masuk sasaran la if 5 tahun...lama sangat.
1. Menjadi jurutera awam multi-skills pada jabatan. Aku menyasar 3 tahun ini jika dizinkan serta ada rezeki memperolehi pangkat mangku 'J44'. Hanya untuk perkembangan kerjaya serta tentunya 'ongkosnya' yang dinantikan. Atleast adalah topup gaji yang terlalu banyak ketika ini..Hehehe.
2. Mempunyai equipments yang cukup untuk menjadi 'stylish & creative' profesional videographer': wedding + documentary.
3. Tentunya punyai company sendiri(dulu ada tapi dah tutup) yang kecil tetapi meng'handle' job besar dari segi profit marginnya.
4. Ada team yang passion serta committed dalam kerja. Yang suka ular dan kaki ngelat adalah dihalau.
5.Mensasarkan 2011:RM100 ribu nilai project, 2012:RM150 ribu nilai project, 2013:250 ribu. Semua ini bergantung kepada kerajian untuk kaya@senang@lebih sikit dari orang lain. Pokok pangkal kaktus: pada diri. RM500 ribu total project ambil 25% profit: RM125 ribu untuk 3tahun yang mana: RM3,472 tambahan sebulan. Its worth it.
Nota: segala kerja dilakukan adalah selepas waktu kerja dan cuti hujung minggu. Takda kaitan dengan curi waktu kerja serta makan duit haram@makan gaji buta.
Apa tindakan segera yang saya perlu buat? Segala perancangan perlu direalisasikan dan tidak hanya omong kosong atau 'Cerita Kedai Kopi: Tiada Hakim, Tiada Saksi, Cerita Sensasi'.
Saya ingin 'bersusah-susah dahulu serta bersenang kemudian' untuk membina rumah impian with custom design by saya serta menjelajah segenap benua dengan mengambil video serta gambar.. Itulah impian saya. Bersambung lagi di hari-hari mendatang.

0 comments:

Post a Comment