Counter

Sunday, March 13, 2011

2011_Hospital Serdang & Putrajaya Berstatus Lembab

Statement ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar diriku dalam dua kejadian berbeza tahun, berbeza hospital, tempat yang sama iaitu wad kecemasan hospital KERAJAAN tetapi mendapat LAYANAN : SUPER LAMBAT.

Kejadian 1-Hospital Serdang Selangor

Membawa ayah ku ke Hospital Serdang pada hari bekerja pada tahun lepas Nov 2010.

Sakit : Suspek Demam Denggi Berdarah setelah merujuk klinik swasta & pencairan darah yang serius setelah ke lab klinik swasta dan diminta segera merujuk kepada hospital kerajaan. Badan sejuk & panas secara mendadak & kita boleh nampak keadaannya yang kritikal

Masa Menunggu Untuk Mendapat Rawatan : 4 jam 30 minit

Komenku : Memeritkan & Menyusahkan Manusia. Wad Kecemasan adalah wad bagi pesakit yang kritikal. Definasi bagi mereka kritikal kalau putus tangan & putus kepala baru layan cepat. Aku paling kesian dengan seorang budak sekolah kecil dalam darjah 2 or 3 yang telah dilanggar kereta. Luka-luka di muka dan di badan tetapi mengalami keperitan yang sama terpaksa tunggu sekurang-kurang 5-6 jam lagi selepas giliran ayahku..

Suasana & Keadaan Wad : adalah 4 orang pesakit yang tunggu... tu pun lembab gile2..orang tua xtahan la sakit.

Alasan Lambat : Dr. layan yang kritikal dulu. Abis yang separa kritikal ? kene jadi kritikal dulu la ye.. Bila aku lihat semasa Dr. merawat ayahku.. tiada muka cemas atau penat pun Dr. berkenaan.. Siap pakai Jeans & baju bunga-bunga nampak bulu dada lagi.

Rawatan : Setelah hampir 4 jam lebih rawatannya ialah dengan 'consultation' n tak ditahan wad pun kerana dikategori belum kritikal. Berbeza dengan klinik swasta yang berkata dengan result dari ujian darah memang pasti akan di tahan wad untuk rawatan lanjut. Memang berbaloi xsampai 5 minit jumpa setelah lama menunggu..

Kesimpulan : HOSPITAL INI AMAT LEMBAB. Siapa yang pernah mendapatkan rawatan di kecemasan pasti jadi KRITIKAL. Sebagai kakitangan awam aku malu dengan servis serta layanan lembab hospital kerajaan. Tidak selaras dengan ucapan PM; Rakyat didahulukan.. akan didulukan la if tengok orang tu dah meninggal atau nazak..kesian kepada orang-orang kurang berada dan bersifat menerima apa sahaja diberikan. Bersyukur is yes...tetapi jika layanan itu tidak bagus perlukah kita diam?

Buat malu betul sedangkan akulah orang yang membuat Launching Video Hospital Serdang pada tahun 2005/2006 dahulu. Punya canggih 'paper-less' tapi 'out' dari segi servis kepada rakyat. Shame on u! Kos projek RM 740 juta...tapi mentaliti mereka yang menyelianya tak setimpal dengan harga yang rakyat bayar. 'Biar lambat, asal semua pesakit jadi kritikal'..



Kejadian 2-Hospital Putrajaya

Membawa isteriku ke Hospital Putrajaya iaitu hospital kategori terbaik dan rujukan oleh kebanyakan kakitangan kerajaan.

Sakit : Membawa isteriku ke hospital secara kecemasan kerana luka yang besar pada jarinya kerana terkena tin susu. Luka dalam dan darah mengalir pada Ahad 13.3.2011.

Masa Menunggu Untuk Mendapat Rawatan : 5 jam 55 minit (10.50 pagi- 4.45 petang)

Komenku : Memeritkan dan menyebabkan sesiapa yang menunggu pasti hilang sabar. Dalam keadaan isteri sakit dan terpaksa menjaga baby yang lapar & kepenatan. terpaksa menunggu di ruang menunggu yang terhad dan sempit.

Suasana & Keadaan Wad : Memang ramai pesakit dan penunggu orang yang sakit sebab AHAD adalah hari cuti untuk Klinik Kesihatan.

Komen dari Petugas Hospital : MA(Medical Assistant) yang merawat isteriku berkata penggunaan pisau operation hanya 1 sahaja untuk seorang sehari. Beliau terpaksa me'modified' gunting dijadikan pisau untuk kerja-kerja menjahit jari isteriku.

Kesimpulan : Kita akan serik dengan kelambatan yang berlaku dikebanyakan hospital kerajaan. Walaupun tidak semua tempat lambat, dari rata-rata pertanyaan dan perbualan dengan mereka yang pernah berkunjung ke bahagian kecemasan, bahagian ini seperti tidak 'CEMAS' seperti namanya kerana pesakit yang tidak kritikal di mata mereka akan disaring dan dibiarkan sebegini lama untuk menunggu giliran. Adakah kekurangan Dr. amat sukar dipenuhi oleh ramai pelajar kita sendiri yang sedia membantu kerajaan sebagai Dr. bagi mengurangkan masa menunggu bagi menerima rawatan sehingga kurang dari 1 jam? Semua ini boleh dilakukan bagi menjaga hati rakyat yang selalu menyokong kerajaan demi menjaga kebajikan rakyat. Pengarah Hospital patut turun padang berkongsi masalah dengan pesakit di wad kecemasan bagi mendengar sendiri luahan mereka yang pada ketika itu amat memerlukan rawatan dari Hospital yang di selia oleh KERAJAAN.

Nota : Teguran ini adalah ikhlas dari saya yang naif dan mahukan sesuatu yang terbaik dari KERAJAAN kepada rakyat dan bagi membuang presepsi negatif orang ramai terhadap HOSPITAL KERAJAAN. Kebiasaan bagi anda menunggu 4-5 jam adalah kepayahan dan kesukaran yang akan dikenang oleh mereka yang memerlukan rawatan.

1 comments:

NUANISA said...

apa lagi..dah buat medical card tuk orang2 tersayang lom?? kalau lom roger2 kita ya...important..sbb pasni semua insurans policy mahal..sbb org rebut2 nak amik medical card before wujudnya 1Care

Post a Comment