Counter

Monday, April 25, 2011

2011_Masuk ke Dalam Sistem








Kehidupan kita di dunia ini merupakan satu Sistem yang kompleks yang mana ianya saling berulang dan berkaitan antara satu sama lain. Di tempat kerja, di rumah, di mana-mana kita berada semuanya berdasarkan sistem yang diwujudkan oleh Manusia dan sebenar-benarnya Allah telah menyatakannya di dalam Al-Quran tentang cara mana kehidupan yang perlu diikuti oleh manusia.


Pernah tidak anda terfikir bahawasanya anda telah memasuki SISTEM yang anda kadangkala tidak memahami sistem/aturcara di dalamnya? Dalam bahasa yang lebih mudah, anda telah gunakan sistem/undang-undang/tatacara tetapi bila ditanya dengan orang yang lebih baru dari anda tidak dapat memberi penerangan apa sebenarnya objektif sistem itu digunakan...



If tak paham lagi senang macam ni la. Kenapa kita perlu ikut undang-undang had laju 110 km/j sedangkan kelajuan terbabit jika tiada kereta adalah sesuatu yang amat perlahan jika lebuhraya itu kosong? Tentunya ada sebab musababnya. Kajian dah dibuat mengenai impak dari kelajuan melebihi had terbabit, so...SISTEM itu dibuat untuk dipatuhi tetapi manusia atleast perlu memahami 'significant' ianya terjadi supaya adjustment tertentu boleh dibuat tanpa menganggu gugat keseluruhan SISTEM berkenaan.

Jiwa dan diri seseorang yang MENOLAK atau MENERIMA sesuatu SISTEM akan mempengaruhi keberkesanan sesuatu arahan atau perlaksanaan. Aku pun kadangkala tidak memahami sistem yang ada di dalam JKR itu sendiri melainkan kita MASUK ke dalam sistem berkenaan atau cuba memahami sistem dengan kaedah bacaan dan pertanyaan.

Jangan terlalu percaya dengan jawapan 'Verbal' kerana ianya bersifat 'dynamic' dan pembolehubah bersandar yang akan berubah bila pengesahan dibuat untuk kali ke 2 or 3... Untuk selamat, menyelami dan memahami SISTEM agar anda tidak di'lacur'kan dengan ajaran-ajaran sesat serta saranan salah dari mereka-mereka yang memberi 'consultation' salah tanpa bayaran yang membawa anda ke arah KESESATAN.

Peribahasa melayu ada menyebut 'Malu bertanya, Sesat Jalan' tidak boleh digunakan untuk semua keadaan kerana, jika kita tanya pada orang yang salah/bukan pakar, maka anda akan terjun ke arah yang salah kerana panduan anda AUTOCruise ke arah jalan yang sesat dalam SISTEM.

Nota : Anda akan memahami sistem dengan mudah jika anda tengok Movie THE MATRIX 1-3. Kalau xpaham lagi..nasihatku anda kena overhaul ke pusat motivasi agar lebih mudah memahami diri. hehehe


0 comments:

Post a Comment