Counter

Monday, November 1, 2010

Oktober, November & December Penuh Warna Warna Warni



'Kehidupan Banyak Mendewasakan' satu ungkapan yang ada kebenarannya. Manusia akan lebih dewasa setelah mereka menghadapi realiti kehidupan seharian. Suka duka hidup bersama pasangan, keluarga, ibu bapa, serta rakan sepejabat serba sedikit memberi coretan dalam catatan kehidupan harian kita.
Oktober Yang Lewat
Oktober adalah bulan 'Lewat Datang' bagi diriku. Aku dah temui punca kesilapan dan penyumbang sehingga 9 kali datang lewat lingkungan 1 minit- 20 minit dari jadual waktu 8.00 pagi. Yang 1st. tentunya salah diri. Senang akui je silap sendiri. 3 hari tak dengar jam loceng. Suami isteri ambik lajak tidur setelah tidur dengan begitu kusyuk. Baby tak kacau pun!
2nd. Telah silap percaturan pilih waktu WP2 sedangkan dah tahu naik public transportation (komuter) yang memang dah diketahui jadual tak menentu. Kenapa naik komuter? tak worth it setakat ni naik kereta ke pejabat kerana kakiku sakit menekan clutch & brek serta menukar manual transmition kenderaan hebatku... Jam paling teruk 3 jam from KL to Kajang. Just imagine betapa worsenya jalan KL-Kajang (Sg Besi).

Langkah mengatasi lewat sebelum Bos marah : tukar bulan Nov kepada WP3 :8.30-5.30. Thats the right thing i should do earlier!

Fast Travel : Kl-Bandung-KL less 24 hours

Sabtu & Ahad : hotel amat mahal di bandung (2x normal rate)
Angkutan Kota : open air with kerusi panjang
Gerai Pacak & Biz

Pak Rojak Buah

Nice hand

Pemandangan biasa di Kota Bandung
Dilakukan secara 'hop-in-hop-off' dengan bersama adik lelaki kesayangan atas urusan trading. Apa itu 'Break-Down-Communication' ? Fast travel yang sepatutnya tidak se'fast' yang terjadi berlaku apabila my adik tersayang salah membeli tiket secara online. Kehendak saya adalah Khamis malam n balik Sabtu malam. What happen is he buy for Friday malam n balik ke KL sabtu malam. Flight reached at Bandung airport lingkungan jam 1.30 pagi. 4 pagi baru tidur n 8.00 pagi rush out to meet people. 6.00 p.m moved back to airport. Double trouble... tak sempat merayau survey barang for trading. Only pickup some 'kartika sari' kek for my lovely wife.
Shop inside Pasar Baru

Syurga Kain

Bandung Friends

travel advice : Pemeriksaan di Airport Bandung sewaktu pendaratan sekarang ni amatlah menyeksakan. Semua beg anda akan di'check' dengan teliti. Proses yang melambatkan. Jangan bawak barangan terlarang & banyak. Pemeriksaan scan mata dan cap cari eletronik turut dilakukan. Dah maju dah Indonesia!

0 comments:

Post a Comment