Counter

Wednesday, November 3, 2010

Anger Management : Haruskah Manusia Marah?

Aku menulis berkaitan kemarahan adalah kerana last week kemarahan dalam diri tidak terkawal. Why? Kurang baca Al-Quran. Yup, that the weakness for the past 2 weeks. Posting ini tidak bertujuan mencari siapa pihak yang benar atau salah. tetapi ia berkisar sikap dalam diri sendiri serta ke'nipis'an telinga apabila mendapat phone call yang tiada salam tiada hormat memberi pukulan pedih di telinga hingga menyirap darah akibat bahasa kurang ajar.
Orang boleh berkata, apa yang ku tulis mempertahankan diriku sendiri tetapi, hanya Allah yang lebih mengetahui.

Adab atau budi bahasa telah di ajar oleh ibu bapa kita dalam percakapan seharian tidak kira dengan kawan rapat, ibu bapa, adik beradik atau sesiapa sahaja tanpa kira umur, keturunan serta agama. Yang paling penting jangan 'KURANG AJAR'.

Pelepasan marah adalah salah satu cara melepaskan tekanan akibat ditekan atau dipaksa menerima kata-kata kurang ajar. 'Diam seperti biasa, tak semesti Bodoh' tetapi ingin melihat permainan diri rakan dan kawan.

Manusia harus marah pada tempat dan pada keadaan yang betul. Bukan marah mem'khinzir buta' atau menuduh sesuatu tanpa usul periksa. Ya, seharusnya manusia normal marah, but berpada-pada. While, aku manusia biasa yang lahir dengan sikap tersebut tetapi sudah lama tidak melepaskan kemarahan walaupun di asak dengan perkara-perkara yang sepatutnya diriku marah.

Mujurlah bila balik bertemu isteri dan anak disitulah tempat diri aku meluahkan rasa dan berkongsi 'kejadian' bodoh yang memaksa diriku marah dengan beri kata dua.

Moral : Kemarahan boleh menyenangkan hati dan menyusahkan hati bergantung kepada kebenaran atau kebatilan yang anda tegakkan. Kebatilan akan menyebabkan diri anda akan bersa bersalah dengan lontaran kemarahan terbabit.

Maaf adalah jalan penyelesaian bagi lontaran marah yang salah. Jika ianya dimaafkan la oleh orang kita marah tu, huhuhu..

MAAFKAN SAYA!!

0 comments:

Post a Comment