Counter

Monday, November 22, 2010

Afraid? or Dare to take a risk : Dikalangan Bos & Decision Maker (Bahagian 1)

Bos disokong oleh orang bawahnya
Sinonim dengan kata-kata di atas. Mungkin anda juga mengalami di mana keputusan sesuatu perkara yang amat penting dan di tunggu-tunggu semasa meeting, hanya bersifat 'idle' dan tidak ada kata putus...Mengapa ianya berlaku?
Berikut kupasan diriku tentang apa yang diriku nampak dan ikhlas bukan untuk menjatuhkan mana-mana individu atau institusi tetapi untuk renungan ke arah kebaikan dengan memberi buah fikiran. I'm proud to be GOVERMENT SERVANT!! Sedikit pandanganku ini bukannya kajian pun... Tetapi berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang ditimba sebagai pejawat awam. Faktor takut membuat keputusan atau takut mengambil risiko ini adalah 'kebiasaan' yang diambil oleh mana-mana pejawat awam bagi memastikan tindakan atau arahan yang dibuat oleh mereka tidak di persalahkan atau dipertanggungjawabkan. Semua orang kalau boleh tidak mahu dipersalahkan...tapi adakah ANDA selesaikan MASALAH? Atau anda sorok masalah terbabit seketika atau selama-lamanya.
Bekerja Dalam Sistem Memerlukan Kita Memahami Sistem Berkenaan
Di dalam institusi kerajaan, mereka yang ingin melihat orang lain membuat kesilapan adalah ramai berbanding bersama berganding bahu menyelesaikan masalah. Kerenah BIROKRASI menjadikan masalah yang kecil semakin bertambah besar, kos yang dahulunya kecil menjadi sangat-sangat besar dan merugikan kerajaan disebabkan sesuatu keputusan atau tindakan itu lambat untuk diambil tindakan. Tanyalah mama-mana kakitangan kerajaan, kekangan ini menjadikan matlamat kerajaan atau agenda kerajaan untuk rakyat kadangkala lewat untuk dirasai oleh mereka yang memerlukan. Ini adalah realiti hampir di semua jabatan dan kementerian; perkara atau isu NEGARA yang sangat penting diselesaikan secara tidak memikirkan kesannya jika tidak disegerakan. Kenapa ini berlaku?
Takut...tidak mahu ambil risiko?...Biar orang atas buat keputusan...atau semua suruh PM buat keputusan? Budaya 'taichi' kerja atau mengelak tugas ini meresap juga masuk ke golongan-golongan muda yang baru memasuki perkhidmatan kerajaan. Baru 2-3 tahun dah tahu mengelak kerja dan men'taichi' kerja kepada pegawai yang komited pada kerja dan arahan tanpa rasa segan silu dan bersalah menyuruh orang lain melakukan kerjanya. Sikap seperti ini adalah akan merugikan mereka ketika saat awal menjawat jawatan di kerajaan adalah tempoh masa mempelajari semua perkara serta cara kerja di pejabat kerajaan. Jika tidak? Mudahnya..lihat mereka yang telah memegang jawatan contohnya J48 ke atas yang ada di antara mereka yang tidak tahu langsung membuka email walhal email telah digunakan di pejabat-pejabat kerajaan hampir 10 tahun. Malas & tidak mahu ambil pusing ketika mula bekerja adalah faktor penyebab berlaku kes seperti ini.
Keberkatan Hasil Kerja Kita bergantung kepada Niat Kita Bekerja
Kebanyakan rakan sejawat dan bos-bos di tempatku bekerja adalah kakitangan yang sangat efisien dalam menjalankan tugas & tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Golongan muda dan senior bergabung tenaga dalam menjalankan tugas yang diberikan yang penuh mencabar secara berhemah. Tetapi tidak la 100% terlepas dari mereka-mereka yang takut membuat keputusan dan takut melakukan tindakan yang dikuatiri dipersalahkan kelak.
Penyelesaian Terhadap Sindrom Takut Membuat Keputusan?
Firstly..Jangan Takut untuk membuat sesuatu keputusan. Ambillah masa sebelum menyatakan atau mengambil tindakan dengan bertanyakan kepada orang lain atau orang yang lebih arif atau pakar tentang sesuatu perkara yang mengingini kita untuk melakukan keputusan. Kitakan mempunyai mulut.....CAKAP....CAKAP......(petikan dari filem P.Ramlee: Seniman Bujang Lapok). Gunakan mulut atau suara kita untuk bertanya. Bertanyalah sebelum anda memberikan ajaran sesat lagi menyesatkan..
Sebagai rakan, atau anak buah bos kita dan se'office' perlulah bersetuju dengan tindakan di ambil oleh pihak atasan kita dengan syarat; segala perkara terbabit dimaklumkan atau dijemput bersama memberi pandangan atau paling tidak diberi makluman di dalam bentuk-bentuk hebahan. Sebarang komen dan bantahan adalah dibenarkan dengan cara saluran yang betul seperti memberi cadangan dan penambahbaikan semasa ianya belum lagi dijadikan agenda atau tindakan rasmi pejabat. Bos pun pandai-pandailah memainkan peranan dengan bertanyakan anak buah atau orang bawahan mereka agar turut sama 'join the club' memberi input. Barulah kesepakatan dalam membuat keputusan dapat dipertahankan bersama-sama, tak gitu?
Aku mampu bercakap dan berkongsi kisah hidup serta luahan hati serta pandangan peribadi, perubahan adalah paling utama dalam diri. Takut mestilah bersebab dan sebarang keputusan yang telah diambil kita perlu bertanggungjawab. Percayalah dengan cara dan langkah yang kita dah buat sebelum melakukan keputusan, hamba yang hina seperti kita manusia hanya mampu berserah dan bertawakkal kepada Allah S.W.T. Janganlah 'Do Nothing, n Berserah' tu dah nak mati la tu...
Bahagian ke 2, aku akan menyingkap disebalik 'Keputusan yang Lambat, mengakibatkan Kerugian Yang Besar pada Kerajaan'. Jumpa lagi.


Jangan di'Robot'kan oleh Bos tetapi Bekerjalah Secara Efisien Macam 'Robotcop'

2 comments:

AKUANJANGSEPUTARHIDUP said...

Aku setuju dengan kau punya pandangan. Tapi kau kena ingat budaya ni sudah lama bertapak dikalangan ahli-ahlinya.Kadang2 susah jugak nak tune benda yang dah sebati dalam diri. Satu lagi apa yang aku nampak......kebanyakan ahli-ahlinya semua nak jaga periuk nasi masing2. Benda ni di antaranya yang menyebabkan terjadinya perkara yang kau higlightkan tu. Banyak lg sebenarnya aku nak highlightkan............tapi..........

matapedang said...

terima kasih akuanjang, isu tetap sama, sebati dengan benda yang salah n menyesatkan. Kita perlu ikut arahan bos kita jika kita rasa setelah buat pertimbangan ianya ok atau lurus, abru kita ikut. Tapi, bab jaga periuk nasi, tutup sebelah mata pada benda salah & mcm mana negative prespective pada orang goment kita kene betulkan. Di akhirat payah nak jawab nanti bile dipersoalkan....walahuallam

Post a Comment