Counter

Thursday, May 20, 2010

Aku J41!



J41 kod jawatan aku sebagai jurutera awam sebagai 'goment staff'. Kod ini akan berlangsung menjadi ke kepada J44, J48, J52, J54 dan ke Jusa C, Jusa B, Jusa A dan ke tahap lebih tinggi. Kalau umur panjangler. Mula bekerja 2008-dan akan pencen umur 58tahun pada 2038 dengan berkhidmat selama hampir 30 tahun. Lama tu...sempat meninggal dulu kalau umur xpanjang. Pejam celik dah dekat 2 tahun aku berkhidmat sebagai jurutera di sektor kerajaan. Lawak la sekarang dah jadi jurutera. Macam xpercaya lagi. Asal niat dihati nak jadi arkitek kerana lemah dalam subjek matematik, tapi saranan yang salah campur xda jodoh maka terjerumus belajar kejuruteraan awam di UTM(uni. tendang menendang), Johor.

J41 macam aku bersepah sekarang di JKR. Mana-mana pergi semua ada. Xada istimewa pun dan aku pun rasa biasa jer mcm cleaner yang datang setiap hari kemas office. Bezanya kulit dengan muka jer. Dari segi skop kerja dan cawangan mereka menjawat. Cleaner pun ada kat setiap blok & tempat. Hahaha. J41 up sikit dari cleaner la.

Pasal tugas aku pula, Yeah.. aku sukakan cabaran. Tugasan biasaku lakukan ku tambahkan dengan tugasan-tugasan dengan cadanganku sendiri kepada Bosku. Sebab apa bagi cadangan tambah tugas? Nak tunjuk pandai ker? Tidak sama sekali. Untuk kebaikan diriku, orang lain dan ingin membuang sikap negatif yang selalu ada pada kakitangan awam iaitu 'taichi kejer' @ elak keje serta sikap malas la. Mujur xdalam golongan tersebut. Malas tu ada, tapi takkan malas sentiasa..apa nak jadi dengan duit gaji yang 'goment' bagi? Berkat ker?

Aku hanya 'target' pada tangga gaji J52 sahaja sebelum pencen. Cukup la. 30 tahun berkhidmat & berpencenkan J52.

Aku dah fikir panjang dan membuat kajian mengenai 'advantages & disadvantages' kerja dengan kerajaan @ tidak, ternyata pilihanku tepat. Pendapatan kecil xmengapa tetapi masaku, hidupku tidak diambil oleh bebanan gaji yang besar serta tekanan kerja yang setimpal bayaran yang diterima. Ya, dulu orang kata kerja kerajaan tiada kerja, boleh mengait kain, boleh main pingpong, n macam-macam persepsi negatif termasuk aku sendiri pada kakitangan kerajaan. Mungkin benar dan ada asas pada dakwaan tadi tapi mungkin di sesetengah tempat dan jabatan yang bosnya bodoh tidak dapat mengawal anak buahnya. Percayalah, its different now & lebih baik berganda-ganda dari dahulu. Ikhlas.

Kalau nak jadi seperti di atas pun boleh, pokok pangkal, pokok paku-pakis hati kita la.

Enjoy apa kerjaya anda sekarang. Kadangkala ianya bukan apa yang kita inginkan, tetapi percayalah pada Allah, apa juga qada & qadar dariNya ada hikmah disebalik kesenangan dan juga hikmah di sebalik musibah yang diberikan.

7 comments:

NUANISA said...

i agree with you..tepuk dada tanya iman :)

Fairuz Yunus said...

salam, saya ingin bertanya tentang skop kerja j41 (jurutera awam). saya akan menghadiri interview SPA tidak lama lagi, namun belum faham lagi skop kerja jurutera awam di gred J41.Terima kasih

Fairuz - encore_AFY@yahoo.com
016-8110199

Unknown said...

salam.. sy nk mntk pandangan sedikit..sy akn menghadapi interview untuk jawatan jurutera awam J41 tidak lama lagi dan sy tidak mempunyai apa-apa mengalaman bekerja. boleh share sedikit tips2 yang berkenaan dengan interview?? tq

Razif Ismail said...

Sedap oo kerja kerajaan..๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Unknown said...

Assalam, perkongsian yang sangat menarik๐Ÿ‘. Saya dapat temuduga J41 di bawah kementerian kesihatan malaysia. Boleh berkongsi sedikit huraian tugas jawatan tersebut? Adakah berbeza sekiranya di bawah kkm?

yoyo said...

sekarang dh berkhidmad sbg gomen staff ke?

Jazli said...

Kalau suka cabaran masuk la private lol.. gaji gomen dh la kecik

Post a Comment