Counter

Wednesday, May 12, 2010

2010_Konsentrasi Diri & Halangannya

Tumpuan atau 'concentration' dalam diri kadangkala menjadi punca seseorang itu fokus atau tidak berkenaan sesuatu perkara, tindakan, perilaku serta respons yang bakal dilakukan. Adakalanya diri ini dibaratkan sebagai sebuah 'DSLR' kamera yang cukup hebat tetapi sayang punyai masalah pada fokus lensenya. Imej yang di'capture' tidak jelas dan pudar. Gambaran apabila kita hilang konsentrasi. Apabila hal ini berlaku kepada kita, apa yang kita akan lakukan? Yang pasti tentunya faktor konsentrasi melibatkan penyebab dan punca ianya berlaku.


Saya dapat mengumpulkan penyebab diri saya hilang konsentrasi pada sesuatu perkara yang saya lakukan atau tumpuan tidak 100% pada kerja yang dilakukan disebabkan oleh faktor:-


1. Faktor Diri Sendiri. Tumpuan adalah kemahiran yang ada pada dalam diri kita. Kemahiran ini boleh dipelajari dan boleh berkembang dan boleh juga hilang. Kita kene tanya pada diri kita adakah kita sendiri ingin memberi tumpuan untuk perkara yang bakal kita lakukan atau hanya 70 % tumpuan atau konsentrasi yang kita ingin berikan? Diri kita yang menentukannya. Cara mana memberi konsentrasi ialah mengganggap perkara yang bakal diperolehi dalam kerja terbabit adalah perkara PENTING sentiasa dan tiada lain dari diri kita yang ketahuinya. Kita akan dijadikan tempat rujukan. Barulah kita tidak akan menanggap perkara terbabit tidak hanya sekadar 'tempelan' semata-mata.


2. Faktor Orang Lain. Faktor ini hanya memainkan peranan 50 % sebagai penyumbang utama kita hilang konsentasi. Emosi dan jiwa kita dengan orang lain yang menyebabkan konsentrasi kita terganggu. Cara atasinya, kita harus kawal dan tahu batas-batas orang lain yang kita harus hormati had-had terbabit. Kawalan perlu sebelum ianya tidak terkawal.


3. Faktor Suasana dan Keadaan Sekeliling. Kadangkala kita ditakdirkan menghadapi situasi yang ideal untuk terhasilnya keadaan kita bakal hilang tumpuan. Contohnya kita perlukan tumpuan 2 kali ganda dalam pembacaan , sebab prossesor minda sekadar 'celeron 1.5 Gig' dan RAM 256 MB, tetapi kita dalam masa yang sama ingin bersama rakan bijak sehebat prossesor Intel 'i7' belajar sambil bermain. Jika kita mengikut mereka kerana suasana tanpa fikirkan keupayaan kita, surely kita 'extend' atau Ulang Matapelajaran dalam belajar. It happen to me. Kurang bijak dalam lihat 'cermin mimpi'.


Apa yang harus kita lakukan untuk menajamkan fokus diri dan konsentrasi? Tidak perlu makan kismis minda berkotak-kotak, tidak perlu minum air penerang hati berbotol-botol tetapi Doa pada Illahi. Pray to Allah. Doa adalah senjata dalam menepis segala rasa gundah dan masalah dalam hati dan jiwa. Pupuk dalam menjadi 'pendengar yang baik' dan menjadi 'decision maker' yang menimbangkan segala aspek dengan segala pengalaman masa lalu serta belajar dari mereka yang sama aliran dan yang sudi curah ilmu dan pengetahuan.



Halangan besar dalam diri adalah pada DIRI SENDIRI



0 comments:

Post a Comment