Counter

Thursday, May 20, 2010

Arah Mana Aku Pilih?



Tahun 2010 ini, adalah genap 30 tahun diriku hidup. 2008 sebagai diriku bergelar seorang suami & tahun ini insyallah bergelar bapa. Sungguh cepat masa berlalu. Setiap detik dan waktu mengejarku untuk berusaha lebih gigih terutama dalam kerjaya, dalam hidup dan bidang yang aku minati.


Sudah hampir 4 tahun perancangan projek dokumentari hasil dari idea kreatifku tertangguh dan terus tertangguh. Antara faktor utama tergendala perancangan ini adalah dalam tempoh 4 tahun ini begitu banyak cabaran, perkara wajib dan penting perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya ialah berkahwin, bekerja untuk hidup, ditempatkan di luar lembah klang dan juga faktor comeback yang lambat dari dalam diri. Aku puas mengkaji dan menemui sebab-sebab ini. Faktor diri & disiplin diri menjadi punca ianya sekadar di dalam peringkat perancangan dan dalam kertas cadangan sahaja.


Bila nak senang & nak kaya kalau tak buat kerja extra? Kerja sekarang sebagai pejabat awam berstatus tetap telah menstabilkan diriku dengan pendapatan tetap dan juga jaminan ketika usia tua. Sure ada pencen, sure dapat medical facilities. Itu jaminan untuk selesa dalam hidup dan hidup sederhana. Jika ada kemahuan di zaman penuh cabaran ini, usaha lebih dan kerja kuat baru boleh capai apa yang dihajati..


Arah telah dipilih, kerjaya sudah ada. Arah telah disusun tetapi untuk melajukan kayuhan serta perjalanan dalam arah yang ditujui perlukan 'booster'! Speedup mencapai destinasi yang ingin ditujui perlukan 'booster'. Antara pencepat kejayaan atau penyeri hidup ialah keluarga yang bahagia serta kesenangan & kekayaan. Setiap nikmat dunia terbabit perlukan usaha.


Dengan nama Allah dan keberkatannya, aku juga ingin mengejar nikmat dunia walaupun ianya bersifat sementara pada diriku. Aku mahu isteriku, anak-anakku boleh mendapat apa yang mereka hajati. Aku juga punyai impian yang belum lagi aku capai..


Gegar & Goncangkan diri dengan kerajinan, buang sikap malas dan suka bertangguh. Ciri-ciri orang berjaya perlu ikuti, barulah ada potensi untuk berjaya. Sayang masa yang ada aku tidak berjaya untuk cipta kejayaan serta kesenangan. Bangkit!!!

0 comments:

Post a Comment