Counter

Monday, December 6, 2010

Maruah, Harga Diri & Ketegasan


Ya...Manusia perlu ada harga diri! Perlu ada Maruah untuk dipertahankan. Jika ada yang lebih-lebih mencabar kedua-kedua perkara di atas? Jawapannya ketegasan.. Ketegasan dengan memberi kata dua yang jika tidak menyedarkan mereka-mereka yang hipokrit bijak & berkarisma sedikit sebanyak boleh memberi 'sign awal' wang bukan boleh membeli diri manusia.

Adakah dengan wang upah atau duit perkhidmatan yang kita berikan kita perlu tunduk dan diperbodoh-bodohkan walaupun secara direct & indirect menguji kesabaran manusia yang bergelar diriku?

Memperbetulkan orang lain dikalanya sedang bekerja atau live atau mempertikaikan hasil kerja orang lain yang diberi tanggungjawab oleh si hipokrit dikala sedang bekerja adakah satu tindakan wajar? Ruang sebelum bekerja serta masa-masa lain pun boleh dibuat. Kalau kurang bijak, boleh di'ajar'kan. Buat latihan & panggil n share pengalaman yang hebat untuk anak buah supaya hebat seperti 'spesifikasi & kehendak' yang diingini. You are wrong to disturb people during critical time. Its would spoil anybody mood.

Nilai wang atau upah adalah setimpal dengan apa yang dikerjakan atau suruhan diwaktu tugas. Ramai manusia yang bila nak bayar upah mula berkira serta memotong apa yang tidak dijelaskan sewaktu memberikan tugasan atas alasan yang kurang logik dan manusia bergelar penerima upah akan berasa tertipu atau berasa diperdaya.
'Rezeki ada dimana-mana' kadangkala perlu diberi atau dijadikan azimat dalam diri bagi memastikan maruah & harga diri dijaga. Janganla menjadi majikan yang tidak profesional dikemudian hari mempertikaikan kerja pekerja dikala pekerja tidak diberi tahu secara lengkap atau secara terperinci mengenai apa yang bos inginkan..Apa yang di'aspect' oleh mereka daripada kita. Memang banyak golongan peniaga melayu akan cuba mencari ruang dan condong ke arah melengahkan bayaran serta memotong bayaran pekerjanya demi menjaga periuk nasi mereka dan keinginan memperkudakan orang lain demi kesenangan seorang diri adalah menjadi resam. Sebati & menjadi penghalang orang melayu maju.

Perlu ke manusia menggunakan perkataan atau senada dengan PERLI? untuk apa perli? tiada jalan lain ke untuk manusia bercakap dengan berniat hati baik dan mulia. Tiada syak wasangka, tiada serkap jarang atau buruk sangka.




Contoh perli adalah seperti berikut..


Keadaan : 1 weeks before telah menerima sedikit bayaran. sedikit bermaksud beberapa ratus setelah beberapa lama tidak mengindahkan bayaran kerana memikirkan majikan baru bertapak.

Intention diri : menghantar sms bagi tujuan mengambil inisiatif maklumat future work sahaja tanpa menghubungi majikan kerana tidak suka call orang terutama waktu malam atau weekend dikuatiri mengganggu masa mereka diluar waktu melakukan kerja.

Hasil Balasan : menerima sms berbunyi seperti ini; Man, aku tak suka sms, sms ni. Kalau call berapa sen sangat. Dapat payment beratus-ratus takkan kedekut nak call.

Kesimpulan : Tidak salah manusia bergelar pemberi upah mengutarakan apa yang tidak disukainya iaitu, berhubung secara sms. Tetapi adakah wajar mem'PROVOKASI' penerima upah dengan kata-kata menyakitkan hati dengan perihal kedekut atau sifat-sifat tidak elok. Besarkah nilai wang upah yang diberi sehingga pakej upah yang diberi berserta memprovokasi orang lain dengan kata-kata kurang enak? Manusia kan ada juga perasaan, manusia buta jiwa yang sanggup mempertikaikan tindakan orang lain walhal tidak terlintas dalam diri menghantar sms untuk berkira dalam berhubung.

nota : lantak aku lah suka sms ke aper ke? Ko xsuka sms, Aku xsuka call. So? Aku boleh terima dengan apa cara dilayan semasa menjalankan kerja, tetapi dah berdas-das aku kena. Berlemak lembu betul. Jangan sampai memijak kepala orang lain yang passion serta say YES untuk bos. 'Boss now not always right'. Aku bertujuan meningkatkan martabat orang melayu yang baru mula nak berniaga dengan memberi ruang tidak mengejar payment sangat. Tetapi hargai orang lain dengan menjaga sedikit bab-bab perihal sayang mulut. Walaupun kita tidak dipandang berjaya kini, tetapi who know future? Life spinning: Hidup ini berputar & turun naik.

Ketegasan adalah perlu walaupun mencacatkan sedikit source of work. Diriku bukan untuk diperkotak katikkan dengan wang kertas ringgit. Pengalaman mendewasakan dan menjadikan perkara yang tidak elok dipertauladankan. Dont Play2 :PCK

0 comments:

Post a Comment