Counter

Monday, December 6, 2010

Kenapa Saya Hitam?


Saya hitam sebab selalu memancing. Muka gelap, tangan gelap tapi hati saya xgelap tetapi bersinar..hehehee

Hobi memancing adalah hobi sejak kecil lagi. Hobi ini adalah hobi bagi budak kampung sepertiku berbanding hobi orang bandar seperti main car & airoplane remote, ps3 n lain-lain permainan hebat. Hobi aku dikala free ini adalah dilakukan secara non-profit & juga bersifat profitable. Apa tu?

Non-profitable ialah hanya memancing untuk gembira-gembira just untuk feel tarikan ikan & mencuba kolam & sungai atau tempat baru. Hasilnya : ikan atau udang atau lagi malang : mendapat penat & hitam.

Profitable adalah memancing yang dilakukan dalam satu-satu pertandingan memancing. Why pertandingan? Adat pertandingan, pemenang akan mendapat ganjaran berupa wang ringgit, yang kalah akan gigit cari. So, semangat kesukanan & kesungguhan dalam pertandingan adalah sangat sihat dan mengujakan. Aku bukan atlit dan bukan atlit hebat. Bakatku ditangan ni je. So, the most worth it hobby is fishing for me. Skill memancing seperti pemilihan kolam, pemilihan umpan, pemilihan tali & alatan serta faktor nasib serta doa dan harapan sama-sama digabungkan bagi mendapatkan hasil berupa ikan terberat didaratkan.

Dengan rm100 sebagai yuran pertandingan anda mungkin memenangi hadiah tempat pertama berupa RM40 ribu cash on the dot masa pertandingan. Yah, 40k just only at kolam n selekeh-selekeh je pakaian xpayah hensome & wangi-wangi. Harapan untuk memenangi tidak dapat ditipu kepada pemancing yang menyertai setiap pertandingan. Doa serta solat hajat juga dipanjangkan rata-rata pemancing.

Kebanyakan pertandingan di lembah Klang sekarang atau hampir di seluruh Tanah Malaya ini menawarkan hadiah yang ganas-ganas besarnya. Cukup jika memenangi mengubah sedikit kehidupan warga malaysia yang dahakan sedikit kesenangan dengan mempertandingkan bakat serta skill mereka. Takkan orang-orang ini nak pergi cuba bakat menyanyi, menari atau apa-apa pertandingan yang tidak sesuai dengan diri mereka sebagai 'Wira yang tidak DIDENDANG'. Inilah dia acara atau perkara yang mereka boleh turut serta selain MLM.

Apa yang best sangat tentang hobi ini? Apa yang boleh aku katakan adalah bukan pada ikan & hadiah yang bakal dimenangi, tapi kalau dapat bonus la, kebanyakan pemancing inginkan tarikan & asakan ikan yang menarik joran pemancing tersebut. Happy bukan kepalang apabila ikan terbabit berjaya dinaikkan dengan bangganya. Apa yang lagi teruja ikan terbabit berskala mega & berat. Feel melayan tarikan ikan bersama bunyi tarikan mesin memancing membuatkan anda tidak dapat tidur lena mengenangkan ikan yang dinaikkan ataupun yang terlepas.

Apalagi? Jom Join aktiviti memancing ini. Ingin berjaya perlukan kecekalan & bersedia untuk gagal. Kalau dah gagal je memancing, rehat dulu 3-4 bulan baru pujuk diri pergi lagi layan aktiviti orang kampung macam aku ni. Warga abad 21 tentunya anggap ianya aktiviti buang masa, tapi adakah anda boleh jamin atau boleh yakin diri anda sendiri hobi anda boleh melayakkan diri anda jika ditakdirkan memenangi sesuatu pertandingan dengan hadiah lumayan? Hobi ini adalah bukan kerjaya tetapi mengisi masa yang pura-pura dilapang & dikosongkan bagi melayan mimpi bergelar 'JUARA'. huhuhu

Antara pencapaian bukan tujuan riak oleh diriku selama melayan aktiviti memancing untuk gelap kulit : 2006-2010.


1. Tempat pertama & kedua dalam pertandingan memancing sempena HARI KELUARGA DBKL : Tasik TITIWANGSA 7

2. Tempat ke 3 di Seri Bayu Tekala dalam Cabaran Malam Minggu 2006

3. Pemenang Hadiah Cabutan Bertuah Sebuah Motor di UPM 2010.

4. Kalah je la pastu sampai sekarang...hehehe
jumpa lagi.

0 comments:

Post a Comment