
2nd punca... pernah tidak rakyat Malaysia memikirkan tentang kenapa sibuk Kerajaan sekarang menghebahkan tentang Pelan Transformasi Kerajaan serta Model Ekonomi Baru... Ya...Model ekonomi baru dibuat kerana pakar-pakar ekonomi Malaysia dah kaji dan rakyat pula dah merasai tentang ekonomi kita akan tewas dan tidak berdaya saing apabila dalam kajian MEB, peratusan kenaikan gaji di Malaysia selama 10 tahun adalah hanya 2.5% sahaja. That why la gaji yang kita ada manjang kurang cukup bukan tidak berkat tetapi faktor kenaikan harga menyebabkan nilai wang yang anda ada contohnya rm50 dahulunya besar yang boleh membeli bilangan jenis barang yang banyak tetapi sayang dan mendukacitakan sekarang nilai wang itu hanya sekadar beberapa barang je. Kuasa membeli dah tiada.
Just imagine kenaikan gaji bagi J41 hanyalah lingkungan rm90 sahaja setahun.. what happen dengan kenaikan barang-barang lain yang kalau di jumlahkan dalam setahun telah memakan atau menyerap balik value kenaikan gaji kita sehingga kita tidak tahu mengapa duit kita tidak cukup sedangkan tahun bekerja telah meningkat..
Dalam kata lain atau bahasa mudah dan bukan bahasa EKONOMI ialah rakyat berpendapatan sederhana dan jangan tak percaya berIjazah, berMaster serta dalam kelompok profesional akan berasa bahang ekonomi akibat kenaikan upah atau gaji yang tidak BERKADARAN dengan tahun dan juga keadaan Ekonomi.
Aku akan sambung isu berkaitan MEB serta Plan Transformasi Kerajaan yang akan memberi sedikit cahaya kepada semua rakyat Malaysia if ianya tidak bersifat retorik politik... Naya la rakyat & kakitangan Kerajaan. Bersambung dalam MEB.....
0 comments:
Post a Comment