Counter

Monday, December 13, 2010

Gangguan Visual Di Office

Pernah atau tidak anda mengalami gangguan visual atau objek yang tidak mahu bergerak-bergerak di depan anda walhal ianya manusia yang bekerja? Objek ini duduk di kerusi di depan meja dengan wajah ke arah anda tanpa mengeluarkan suara tetapi memandang keindahan sekitar anda serta di meja anda yang semak tanpa menjelaskan tujuan sebenarnya...Mengapa ini terjadi kepadaku?
Mungkinkah aku digambarkan sebagai screen TGV yang menayangkan filem Rajnikkan : Robot yang begitu taksub duduk dan mengunjungi mejaku tanpa jemu. Atau adakah aku ini digambarkan sebagai Biro Pengaduan MCA yang mana tempat di mana mereka datang untuk mengadu masalah mereka? Aduihh....Aku tak boleh bua keje da....takkan nak halau la pulak...kesian & tak sampai hati...Diorang tidak berniat jahat tetapi boring kerana tugas mereka sebagai driver dan suasana office yang berkonsep tanpa bilik (open space).
Pandang semacam jer..risau gak..takut-takut diorang ni 2 Alam. Tolong...Saya manusia normal.
Pelik gak, banyak-banyak engineer kat office ni, banyak orang, kenapa aku ni sering dikunjungi ramai ahli mesyuarat tingkap. Sedikit sebanyak terganggu jugak kerja-kerjaku. Dari kisah peribadi, kisah benar, dan juga meja transit kepada bos-bos dari KT untuk menggunakan PC.
Walau apapun, aku tak sampai hati nak bagi tau. Anggaplah gangguan visual ini sebagai objek statik dan tiada tujuan yang hanya disalah letakkan di depan meja aku. Bezanya mereka ini adalah kawan-kawanku yang ada keje tapi bukan waktu mereka bertugas... Kiranya mereka ini aku anggap halimunan je la walaupun hakikat sebaliknya.
Puhhhh.......kasi hilang sikit gangguan visual..



Nota : Di rumah adalah sangat sunyi apabila isteri tercinta & baby 'demuk' balik Kg bercuti.... menderita suami kesunyian... Arghhhh...

0 comments:

Post a Comment